Wednesday, July 7, 2010

Nazri sedia dipanggil polis, Zul minta PAS bertindak terhadap golongan Anwarinas...

Oleh: ROSLAN BIAN



Kisah pertemuan Datuk Zaid Ibrahim dengan ‘pelarian’ Raja Petra Kamaruddin dan penyiasat persendirian P.Balasubramaniam semakin menarik.

Ini kerana polis sudah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan adanya individu atau parti politik membiayai dan memberi perlindungan terutama kepada pengendali blog Malaysia Today itu.

Hal ini dimaklumkan Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin dan kertas siasatan tersebut dibuat setelah menerima dua laporan polis berhubung dakwaan tersebut.

Katanya, siasatan mengenai dakwaan itu akan dijalankan di bawah Seksyen 212 Kanun Keseksaan iaitu melindungi pesalah selain memanggil beberapa individu termasuk ahli politik untuk membantu siasatan.

Sementara itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bersedia pada bila-bila masa untuk dipanggil polis memberi keterangan berhubung kenyataannya mempunyai bukti Raja Petra atau RPK dibiayai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau memberitahu demikian kepada Agendadaily di lobi Parlimen, Selasa.

“Saya ada bukti yang diserahkan Datuk (Seri) Zahrain (Mohd Hashim) selepas beliau dedahkan perkara itu minggu lalu,” katanya.

Katanya, beliau bersedia jika dipanggil polis membantu siasatan kes itu.

Beberapa hari lalu, Nazri berkata, bukti-bukti menunjukkan PKR membiayai pengendali laman web Malaysia Today.

‘‘Memang betul, saya ada bukti, duit dihantar (kepada Raja Petra). Saya ada bukti tunjuk hantar RM500,000, dia (Raja Petra) terima RM470,000. RM30,000 lagi habis ke mana saya tak tahu,” katanya..

Diminta mengulas pertemuan dua pemimpin PAS, Datuk Kamaruddin Jaafar dan Dr Hatta Ramli dengan RPK dan Bala ketika pelancaran Friends of Pakatan di London, Nazri berkata, itu menunjukkan mereka ada rangkaian.

“Bila pemimpin PAS berada di luar negara, dengan Balasubramaniam, walaupun mereka pergi melawat ke, jumpa kawan lama, itu mereka punya link lah,” ujarnya.

Katanya, begitu juga bila Zaid jumpa Raja Petra.

“Itu mereka punya link,” kata beliau lagi.

Sementara itu ahli PAS yang pernah jadi pernah bertanding atas tiket PKR, Zulkifli Noordin ketika mengulas perkara sama, mahu PAS, mengambil tindakan terhadap mereka terbabit.

“Saya tak pergi (cakap) sampai PAS terlibat. Saya ahli PAS. Apa yang berlaku dalam parti itu adalah adanya golongan ‘Anwarinas’ yang ‘menyembah' Anwar Ibrahim, Mereka yang rosakkan PAS,” katanya ketika sidang media di Lobi Parlimen.

Menurut ahli parlimen Bebas Kulim Bandar Bharu itu, bagi golongan ‘Anwarinas’ ini, presiden PAS bukan Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetapi Anwar Ibrahim.

“Mereklah makhluk-makhluk perosak dalam PAS,” katanya.

Beliau berpendapat PAS perlu mengambil tindakan terhadap golongan ini bagi mengembalikan kemantapan parti itu selain kepercayaan orang ramai kepada PAS yang dilihat masih memperjuangkan Islam.


Agenda Daily

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails