Wednesday, July 14, 2010

Muhyiddin Yassin TPM paling merapu...

"Dalam banyak-banyak timbalan perdana menteri di negara kita, TPM pada masa inilah yang paling banyak merapu dan suka membuat tuduhan yang membabi buta.

Adakah patut seorang timbalan perdana menteri membuat tuduhan serta kenyataan tanpa sebarang usul periksa dan membuat spekulasi yang tidak masuk akal.

Kenyataan beliau tentang Dato Seri Anwar pergi ke AS adalah untuk memujuk balik orang-orang yahudi kononnya beliau telah melukakan hati orang yahudi mengenai isu APCO.

Kenapalah beliau buat kenyataan yang tidak masuk akal? Orang yahudi bukannya jenis yang senang dengar cakap orang. Diaorang nak kita dengar cakap dia je adalah.

Anwar tidak semudah itu untuk mengadap orang yahudi untuk memohon maaf. Untuk apa beliau hendak minta maaf? Malah Anwar telah melakukan suatu kerja yang amat cemerlang membongkarkan hubungan kerajaan Malaysia dengan APCO tersebut.

Disamping itu juga tuduhan yang menyatakan Anwar menjadi tali barut yahudi turut tidak patut dilontarkan kepada Anwar.

Ini kerana kalau Anwar betul jadi tali barut yahudi, kerajaan Malaysia tidak akan berani mengenakan apa-apa tindakan kepada Anwar. Anwar sepatutnya mendapat layanan yang istimewa dari kerajaan. Ini kerana pemimpin-pemimpin UMNO ada hubungan dengan APCO dan mereka seharusnya memberi layanan yang istimewa kepada Anwar sekiranya Anwar benar-benar agen yahudi.

Ditambah pula isu yang menyatakan Anwar sendiri membiayai kos temubual dengan CNN untuk mengutuk Malaysia adalah sesuatu yang amat tidak masuk akal.

Apa yang dinyatakan oleh Anwar adalah benar sama sekali iaitu isu kehakiman di negara kita. Seharusnya negara kita mempunyai sistem kehakiman yang bebas dari ancaman politik. Politik tidak seharusnya masuk campur dalam urusan kehakiman.

Malaysia seharusnya malu dengan apa yang telah dinyatakan oleh Anwar Ibrahim. Ini kerana beliau tidak dapat pembelaan yang sepatutnya dari sistem kehakiman negara kita.

Kepada Muhyidin Yasin, tolonglah perbetulkan dahulu sistem kehakiman negra kita sebelum ianya menjadi lebih parah. Jangan sampai satu hari nanti, negara luar tidak mengiktiraf sistem kehakiman negara kita.

Mengenai isu pasir di negeri Selangor banyak yang tidak kena mengenainya. Muhyidin Yasin menyatakan MB Selangor tidak pandai mentadbir negeri Selangor kerana pasir masih tidak dapat diselesaikan.

Kalau benar TPM ini pandai dalam isu pasir, mari kita tanya dia apa cerita pasir yang dijual kepada Singapura oleh negeri Johor? Berapa tan pasir diangkut ke negara Singapura setiap hari? Ada pihak media melaporkan tentang hal ini? tidak ada langsung.

Isu pasir di negeri BN lebih kronik kalau dibandingkan dengan negeri Pakatan Rakyat. Oleh yang demikian, kepada TPM janganlah jadi hero tin kosong.

Jadilah TPM yang berwibawa. Adalah lebih baik beliau mendiamkan diri daripada membuat sebarang kenyataan. Ini kerana, kenyataan yang dikeluarkan banyak membuat orang kertawakan beliau.


Sumber : padapandanganhamba

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails