Thursday, July 15, 2010

Muhyiddin Buta Fakta Johor Punyai Tarif Air Tertinggi

Oleh Fazli Othman

KUALA LUMPUR 14 Jul - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memperbodohkan rakyat Johor dengan slogan 'Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan' sedangkan pada masa yang sama di negeri yang kaya dengan air itu, kadar puratanya harga air adalah lebih mahal di kawasan bandar terutamanya seperti di Kluang dan Batu Pahat.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dalam berkata harga air di Johor adalah 90 sen dan RM2.93 untuk kegunaan domestik dan industri sedangkan di Pulau Pinang, harganya hanya 31 sen dan 94 sen permeter padu.

"Kenyataan Muhyiddin yang memberi amaran kerajaan Selangor akan menghadapi krisis air dan menjadi bankrap menunjukkan beliau seorang yang mementingkan kelangsungan dan keuntungan kroni syarikat Barisan Nasional semata-mata.

"Timbalan Perdana Menteri itu didapati mencampur aduk antara kepentingan peribadi dan kepentingan rakyat. Jika syarikat swasta seperti Syabas (Syarikat Bekalan Air Selangor) yang diberi dan menerima tawaran konsesi yang lumayan tidak berdaya untuk mengendalikan hal kewangannya dan gagal menawarkan perkhidmatan yang diperlukan seperti yang ditawarkan dalam perjanjian konsesi.

"Kerajaan sepatutnya mencari jalan penyelesaian dengan menawarkan pada pihak yang lain tanpa membebankan rakyat dengan tarif air yang naik secara mendadak.

Menurut Tony, syarikat Gamuda dan kerajaan negeri Selangor telah cuba menawarkan tawaran yang lebih baik tetapi ditolak oleh kerajaan persekutuan.

Katanya lagi, Muhyiddin pada yang sama dilihat cuba melindungi kepentingan Syabas.

"Apa yang mengejutkan adalah apabila Muhyiddin menyangkal permintaan rakyat biasa apabila mengatakan beliau tidak fikir pengguna akan memprotes jika ada kenaikkan tarif air secara berperingkat jika ianya datang dengan bekalan air bersih.

"Kerajaan Umno-BN sebenarnya telah menandatangani perjanjian yang membenarkan syarikat tersebut untuk menaikkan tarif air sebanyak 37% pada tahun 2008, 25% pada tahun 2011, 15% untuk tahun 2014 dan 10% selepas setiap tiga tahun.

Tambah beliau, dengan populasi penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur yang dibebani dengan kos sara hidup yang semakin tinggi dan bertambah dan pendapatan yang kaku, Muhyiddin dengan megah mengatakan beliau tidak fikir pengguna akan memprotes kenaikan dalam tarif air itu.

Malah Timbalan Presiden Umno itu terus menerus membidas polisi kerajaan negeri Selangor memberikan secara percuma 20 meter padu setiap bulan kepada rakyat di negeri itu yang menurutnya akan menjadi penyebab masalah air di negeri Pakatan Rakyat itu.

"Beliau nampaknya tidak diberikan nasihat dengan betul berhubung kerajaan negeri membayar untuk air percuma itu melalui keuntungan yang diambil daripada saham minoriti milik agensi pelaburan kerajaan negeri, Kumpulan Darul Ehsan Berhad dalam syarikat air milik kerajaan negeri.

Muhyiddin juga katanya tidak berani menolak fakta bahawa negeri kelahirannya, Johor di mana beliau menjadi Menteri Besar sehingga tahun 1995, adalah negeri yang tertinggi dalam tarif air dalam keseluruhan projek penswastaan air di seluruh negara.

Tony berkata DAP Johor akan membuat sesi penerangan dan kempen kepada rakyat negeri itu berhubung kenyataan Muhyiddin yang mendakwa rakyat Johor tidak merungut dengan kenaikkan tarif air terutama di kawasan beliau iaitu di Parlimen Pagoh.


Suara Keadilan

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails