Saturday, July 3, 2010

Melayu Pulau Pinang semakin terpinggir kerana tukar Kerajaan?

Zahid Hamidi menyifatkan nasib yang menimpa kampung dan orang Melayu di negeri itu yang kini semakin terpinggir sebagai harga mahal yang terpaksa dibayar kerana cuba menukar ”baju politik”.

Tukar baju politik: Kampung Melayu di P. Pinang tanggung padah

03/07/2010

KEMAMAN 3 Julai – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan nasib yang menimpa kampung dan orang Melayu di negeri itu yang kini semakin terpinggir sebagai harga mahal yang terpaksa dibayar kerana cuba menukar ”baju politik”.

Beliau berkata, apabila kuasa terlepas kepada parti yang tidak memperjuangkan nasib rakyat terutama kaum Melayu, maka itulah hasil yang terpaksa dihadapi.

Ahmad Zahid berkata, rakyat Malaysia terutama orang Melayu perlu sedar bahawa UMNO yang menjadi tulang belakang Barisan Nasional (BN) sentiasa memperjuangkan kepentingan semua pihak berbanding DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Ini terbukti dengan apa yang telah BN lakukan walaupun mungkin dalam kerajaan lalu di Pulau Pinang kita ada kelemahan, tetapi kita boleh baiki semula jika kita mengambil alih semula Pulau Pinang.

"Namun DAP belum cukup tiga tahun memerintah, banyak gerai Melayu yang telah dirobohkan dan tidak ada penggantian dan jika ada sekalipun diletakkan di kawasan pinggir dan kawasan yang tidak strategik,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Kemaman di sini, hari ini.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata, demikian sebagai mengulas laporan akhbar hari ini tentang nasib kira-kira 200 penduduk Kampung Jalan Pokok Asam, Jelutong, Pulau Pinang yang hilang tempat tinggal apabila diusir pemaju bagi membolehkan kawasan itu dibangunkan.

Bernama


Nampak bodoh sungguh kenyataan Zahid ni.. Sebenarnya yang menyebabkan Melayu Pulau Pinang terpinggir dan terkeluar dari Pulau Pinang adalah UMNO sendiri.. kerana selama 50 tahun memerintah Pulau Pinang tanah-tanah milik orang Melayu dipaksa dikosongkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO dengan alasan pembangunan..

Tanah mereka diambil oleh Kerajaan UMNO/BN dengan dibayar harga yang rendah,kemudian dijual pula tanah itu dengan harga yang tinggi kepada pemaju..

Bila harga tanah yang dibeli adalah tinggi, apakah boleh pemaju mendirikan rumah dan menjualnya pada harga yang rendah?

Dengan pampasan yang rendah Melayu-Melayu itu terpaksa mencari rumah-rumah pada harga yang rendah yang tiada lagi di Pulau Pinang jadi mereka terpaksa melangkah keluar dari Pulau Pinang..

Rasanya kalau UMNO/BN masih memerintah Pulau Pinang semakin ramailah Melayu yang akan terpinggir.........

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails