Saturday, July 17, 2010

Mat Said terpijak tahik di Besut?

Oleh Ustaz Saiful Bahari

Mat Said terpijak tahik di Besut? Ingat cerdik sangat.

Rupanya dijerat oleh Idris Jusoh. Ketika lawatan kerja MB Terengganu, Datuk Ahmad Said ke Daerah Besut baru-baru ini, Idris Jusoh telah menghimpunkan dan mengerah semua penyokongnya supaya hadir ke majlis bersama Mat Said.

Dikatakan 2,000 orang ramai yang berhimpun. Peringkat awal Mat Said terkejut dan merasa bangga dengan kedatangan orang ramai yang menghadiri program bagi menyambutnya turun ke daerah Besut.

Selama ini orang meluat tengok ke Mat Said di Besut. Sehingga tiada gambar Mat Said sebagai MB di Besut tetapi gambar mantan MB masih lagi tertampal megah di pejabat dan di jabatan-jabatan.



Ketika berucap, bukan main lagi Mat Said dengan bangga mengumumkan untuk meneruskan segala projek Di Besut. Di hadapan 2,000 penduduk, beliau mengumumkan akan meneruskan projek pembinaan Lebuh Raya Keruak, Hulu Besut dengan Gunung Bongsu, Hulu Terengganu dengan peruntukan RM500 juta.

Beliau juga melawat Jerteh Souq selepas meninjau perkembangan projek pembangunan Universiti Darul Iman dan Taman Ilmu, di Tembila, Besut. Mat Said juga merasmikan majlis pecah tanah membina rumah pangsa di Kuala Besut.

Selepas itu tersebar sms dan gossip bahawa semua yang diumumkan oleh Mat Said itu adalah projek mantan MB, Idris Jusoh. Mat Said jadi Wok Yek saje. Tukang umum projek dan kelulusan dana sahaja. Yang bijak adalah Idris dan kalau segala projek terbengkalai di Besut, Idris boleh lari kepala. Bukan salah dia tetapi salah Mat Said kerana menyekat peruntukan kewangan.

Kehadiran ramai penduduk dalam majlis itu adalah untuk menunjukkan kepada Mat Said bahawa Idris mendapat sokongan ramai di Besut. Semua kaki-kaki Ideris Jusoh pun turut hadir. Termasuk bekas SUK yang disingkirkan Mat Said yang merupakan penyokong setia Idris Jusoh. Rupanya program tersebut bukannya hanya untuk menyambut Mat Said sebagai MB. Tetapi nak buktikan bahawa Idris Jusoh masih berkuasa.

Dalam siri perebutan kuasa kini, signal Idris kepada Mat Said ... "jangan main-main dengan aku". Sebenarnya ini adalah pulang paku buah keras sahaja. Kerana ayat itu pernah dihamburkan kepada Idris semasa MB ketika di Kijal apabila nama Mat Said takde dalam senarai calon 2004 dulu.



Bengang dengan apa yang berlaku di Besut, Mat Said baru perasan bahawa beliau ‘terkena’ kepada Idris Jusoh lalu beliau juga ingin mempamerkan kepada musuh politiknya bahawa beliau juga ramai penyokong dan juru-kakanya di Kemaman. Ketika lawatan kerja diadakan di Daerah Kemaman. Meskipun itu kawasann jajahannya sendiri dan beliau pun sentiasa ada di Kijal atau Kemaman tetapi beliau tetap mengadakan program bersama MB.

Timbulnya kenyataan terpapar:

'Program selama tiga hari dua malam itu menemukan beliau dengan 3,000 guru, 2,000 kakitangan kerajaan negeri dan Persekutuan, 2,000 ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, 2,000 pesilat selain Orang Asli, remaja dan pemimpin politik tempatan...'

"Secara keseluruhannya lawatan kerja tiga hari Menteri Besar ke Daerah Kemaman 9 hingga 11 Julai lalu amat berjaya." ucap Mat Said

Ini nak menunjukkan angka 9,000 bersama Mat Said di Kemaman. Betul ke tidak angka tersebut tetapi realitinya beliau ingin menunjukkan kepada puan Deris Jusoh bahawa beliau berkuasa dan mendapat sokongan di Daerah Kemaman. Masing-masing menunjukkan kuasa masing-masing. Sumo utara dan Sumo selatatan bertempur.

Bimbangnya rakyat yang jadi mangsa.

Gendang perang Pru-13 sudah dipalu, masing-masing ingin mempertahankan survival masing-masing. Kalau kali ini terlepas, melapaslah jawabnya. Mat Said pun telah menuntut supaya diserahkan kembali jawatan Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu kepada beliau. Hal ini sudah tentu ditentang oleh puak Deris.

Yang terbaru 4 adun Setiu pula memulaukan persidangan perwakilan Umno Bahagian Setiu yang dipulaukan oleh beberapa wakil rakyat di kawasan itu. Mereka adalah ADUN Jabi, Ramlan Ali ADUN Permaisuri, Abd Halim Jusoh ADUN Langkap, Asha'ari Idris dan ADUN Batu Rakit, Khazan Che Mat.

Ini megecewakan Timbalan PM Tan Seri Muhyidin yang hadir merasmikan perhimpunan tersebut. Sedangkan ahli parlimen Setiu, Datuk Mohd Jidin Shafie yang juga ketua Umno bahagian Setiu dan ketua Umno bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh hadir dalam program tersebut. Mohd Jidin merupakan team tegar Idris Jusoh.

Nampaknya episode pertempuran ini belum berakhir tetapi kini makin hangat. Sebab pilihanraya makin dekat. Siapa yang bergelar juara dan siapakah yang kecundang?

Rakyat Terengganu mengharapkan Umno yang akan kecundang. Rakyat sudah jemu melihat perbalahan yang tidak kesudahan tetapi mengaku juara rakyat dan ingin membela rakyat. Kalaulah masalah dalaman hancur lebur bagaimana nak membela rakyat.

Jom selamatkan Terengganu. Kita humban Umno-BN ke laut cina selatan dalam pru ke 13 nanti.


Sumber : http://ustsaifulbahri.blogspot.com/

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails