Monday, July 12, 2010

Marilah kita bersatu Wahai Bangsaku..

Pepatah yang ditinggalkan oleh datuk nenek kita mengatakan ‘Bersatu kita teguh… bercerai kita roboh..’ satu perumpamaan yang mudah untuk difahami..

Dan andaikata kita mahukan sebuah Negara Islam tertegak di Tanah Melayu ini marilah kita bersama-sama berganding bahu atau bersatu didalam UMNO..

Kerana hari ini seorang Ahli Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas Agama Islam (JASA) iaitu Lokman Nor Adam juga telah berkata Cita-cita untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan dasar Islam akan menjadi kenyataan jika PAS dan Umno bersatu dan bekerjasama.

Ya.. saudara-saudaraku sekelian.. marilah kita bersatu ..

Bacalah apa yang diucapkan oleh Lokman didalam berita dibawah dengan penuh keinsafan.. dan selepas itu bacalah juga hujah-hujah atau sebab musabab kenapa kita perlu bersatu ibawah panji-panji UMNO!!


Penubuhan negara Islam jadi kenyataan jika Umno dan Pas bersatu

Sun, Jul 11, 2010

KOTA BARU: Cita-cita untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan dasar Islam akan menjadi kenyataan jika PAS dan Umno bersatu dan bekerjasama.

Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas Agama Islam (JASA), Lokman Nor Adam berkata cita-cita PAS merealisasikan hasrat itu akan menjadi lebih mudah jika mereka berbaik-baik dan bekerjasama dengan Umno berbanding dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Menurutnya, kedua-dua parti pakatan pembangkang itu ternyata mempunyai dasar perjuangan yang berbeza, di mana DAP jelas menolak Islam, manakala PKR adalah parti yang memperjuangkan kepentingan peribadi pemimpin.

"Sebab itu tiada sebab PAS tidak menyahut salam Umno untuk berbaik-baik dan melupakan sejarah hitam menyebabkan kedua-dua parti itu berpecah daripada gabungan dalam Barisan Nasional (BN) pada 1977.

"Jika Umno dan PAS bekerjasama banyak perkara boleh direalisasikan, termasuk melaksanakan hukum hudud, berbanding dengan tindakannya bekerjasama dengan DAP dan PKR yang ternyata mempunyai dasar dan matlamat perjuangan yang berbeza," katanya pada majlis Wacana Perdana di Balai Islam, Lundang, di sini, Sabtu malam.

Wacana yang lebih berbentuk debat terbuka antara kedua-dua parti terbesar PAS dan Umno itu sedikit tercemar oleh sikap penonton yang mengejek sesetengah ahli panel.

Turut diundang menganggotai panel ialah bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin; Anggota Parlimen Bukit Mertajam, Mujahid Yusoff Rawa dan Pengerusi Biro Agama Badan Perhubungan Umno Kelantan, Mohd Affandi Yusoff.

Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff menjadi moderator wacana yang bertajuk "Bolehkah Melayu Bersatu?". Kira-kira 3,000 penyokong kedua-dua parti itu hadir pada majlis itu.

Lokman yang sebelum ini bekas anggota PKR, berpendapat PAS tidak mungkin dapat menubuhkan negara Islam seperti yang diharapkan kerana tidak mempunyai kuasa yang cukup dua pertiga di Parlimen jika tidak bersatu dengan Umno yang mempunyai suara majoriti orang Melayu dan Islam.

Sementara itu, Dr Mohd Asri berpendapat, bersatu untuk menyokong sesebuah parti politik tidak membawa makna selagi ia tidak diasaskan kepada bersatu dalam erti kata menegakkan wadah perjuangan Islam yang sebenar.

"Semangat perpaduan dan bersatu dalam konteks bangsa sahaja tidak menjamin perpaduan dalam erti kata sebenar, buktinya dapat dilihat apabila masih ramai umat Islam di dunia yang berpecah belah dan tidak bersatu kerana tidak meletakkan asas perpaduan Islam," katanya.

-Bernama


Inilah sebab musababnya kenapa kita perlu bersatu dengan UMNO..

~ Pertama

'Akar umbi Umno PJ Selatan masih berpecah'

Jul 11, 10, Pemangku ketua Umno Petaling Jaya Selatan Datuk Hanipuddin Raja Nong Chik mengakui masih wujudnya pepecahan ahlinya di peringkat akar umbi di bahagian tersebut.

"Saya melawat beberapa cawangan Umno, ada pepecahan sesama kita telah saya rasai," katanya ketika menyampaikan ucapan aluan di mesyuarat perwakilan Umno bahagian itu hari ini. Berita sepenuhnya di SINI

~ Kedua

Mesyuarat Umno Sg Petani kecoh

Jul 11, 10, Persidangan perwakilan Umno bahagian Sungai Petani hari ini kecoh apabila sebahagian besar perwakilan tidak membenarkan ketua bahagian Ali Yahaya berucap di majlis perasmian.

Kekecohan hampir 45 minit itu bermula kira-kira pukul 9.30 pagi selepas bacaan doa dan nyanyian Negaraku, apabila seorang anggota jawatankuasa bahagian, Mohd Yusuf Lazim bangun menyuarakan perasaan tidak puas hati terhadap Ali dan mahu beliau melepaskan jawatan. Berita sepenuhnya di SINI

~ Ketiga

Masalah Kepimpinan Umno Bahagian Rantau Panjang Jejas Imej Parti

JAKARTA, 28 Jun (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata hari ini masalah kepimpinan dalam Umno bahagian Rantau Panjang, Kelantan menjejas imej parti.

Katanya, kes mesyuarat perwakilan Umno bahagian itu yang diadakan oleh dua kumpulan pemimpin secara berasingan pada Sabtu lalu juga menunjukkan bahawa ada pihak yang tidak menghormati perlembagaan parti. Berita sepenuhnya di SINI

~ Keempat

UMNO dah tak boleh diharap!!

Kepercayaan orang Melayu terhadap Umno sebagai pelindung nasib mereka kini terhakis dan Melayu kini perlu berusaha untuk melindungi diri mereka sendiri, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad.

"Maaf saya katakan, wujudnya begitu ramai NGO Melayu yang memberi tumpuan masalah Melayu kerana terhakisnya kepercayaan mereka kepada UMNO sebagai pelindung nasib mereka,” katanya ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa). Berita sepenuhnya di SINI

~ Kelima

UMNO Perak, parah dilanda krisis.

IPOH – Masalah dalaman UMNO Perak cukup parah jika mahu dibandingkan dengan krisis Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menjadi bualan hangat pemimpin politik hari ini khususnya dari UMNO.

Ketua UMNO Cawangan Pekan Batu Lima Bahagian Parit Buntar, Sulaiman Mohd Zaini berkata, hanya orang dalam sahaja yang tahu apa sebenarnya berlaku dalam UMNO Perak. Berita sepenuhnya di SINI

~ Keenam

UMNO Permatang Pauh bergaduh rupanya...

BUTTERWORTH: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mahu pemimpin Umno Permatang Pauh menamatkan persengketaan antara mereka bagi mengukuhkan parti sebagai persediaan merampas semula kerusi Parlimen itu pada pilihan raya umum akan datang. Berita sepenuhnya di SINI

Dan cukuplah rasanya sikit sebab-sebab tu..

DAH NAK MAMPUS BARU INGAT NAK BERSATU!! MASA KUAT DULU ADA UMNO INGAT NAK BERSATU DENGAN PAS?

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails