Monday, July 26, 2010

Laporan Utusan Berniat Jahat!

Kenyataan Media Oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Di Komtar, George Town Pada 26.7.2010

Ketua Setiausaha Negara(KSN) Tan Sri Mohd Sidek Hassan Telah Makan Fitnah SDO Nik Ali Bahawa Saya Marah Kerana Tidak Diberikan Tempat Duduk Bila Ia Tidak Dibangkitkan Oleh Saya.



Saya telah melantik Ahli Parlimen Bukit Glugor dan Pengerusi Kebangsaan DAP YB Karpal Singh untuk saman malu Utusan Malaysia(UM) atas lapuran palsu yang disiarkan oleh UM pada 23 Julai dan diulangi pada 24 Julai. UM dengan jahatnya menyatakan bahawa saya marah dengan Pegawai Kemajuan Negeri(SDO) Nik Ali Mat Yunus kerana mendakwa Nik Ali tidak menyediakan tempat duduk semasa Majlis Naik Taraf Perkhidmatan Bukit Bendera pada 20 Oktober 2009.

Ini adalah satu kenyataan palsu dan pembohongan oleh UM. Perkara tidak dapat tempat duduk ini tidak dibangkitkan oleh saya semasa mengkritik Nik Ali minggu lepas. Sebaliknya ia dibangkitkan sendiri oleh Nik Ali semata-mata untuk mengalihkan perhatian orang ramai tentang kegagalan Nik Ali menjalankan tugas dengan cekap dan profesyenal dalam tiga isu berikut:-

1) Keengganan Nik Ali menghormati prinsip akauntabiliti dengan menjawab kehilangan RM150,000 daripada pembinaan pintu gerbang condong di Taman Kebun Bunga (Penang Botanical Garden) yang kemudiannya terpaksa dirobohkan.

2) Menjawab isu kecurian pasir di Politeknik Balik Pulau adalah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan kerana tapak tersebut merupakan tanah milikannya dan tiada tindakan pencegahan diambil sungguhpun kecurian bermula sejak tahun 2002.

3) Tidak menghormati kerajaan negeri dengan projek-projek Kerajaan Persekutuan dijalankan tanpa memohon kebenaran daripada Majlis Kerajaan Tempatan. Aduan awam tentang impak negatif kerja pembinaan tidak diambil peduli langsung.

Oleh kerana kegagalan menangani ketiga isu, saya terpaksa membongkarkan sikap Nik Ali sebagai “Little Napoleon”. Adalah dikesali Tan Sri Ketua Setiausaha Negara bersedia untuk menyokong Nik Ali menggunakan perkataan kesat seperti ’biadap’ dan ’dayus’ terhadap Ketua Menteri dalam sidang akhbar yang dianjurkan ADUN-ADUN UMNO.

Sebelum ini saya telah cuba membuat temujanji dengan Tan Sri KSN di pejabatnya di Putra Jaya, malangnya Tan Sri KSN telah membatalkannya pada saat terakhir sungguhpun saya sudah berada di Kuala Lumpur. Tan Sri KSN tidak memberikan sebab pembatalannya pada saat terakhir atau menetapkan tarikh baru untuk berjumpa.

Jelas sekali Tan Sri KSN telah makan fitnah Nik Ali bahawa saya marah Nik Ali kerana tidak diberikan tempat duduk sungguhpun ia tidak dibangkitkan oleh saya.

Saya juga kesal MCA dan Gerakan kini kuat membantu UMNO membela Little Napoleon dan mengecam saya tanpa mengambilkira pandangan rakyat Malaysia yang tolak budaya Little Napoleon yang tidak sihat ini. Naib Presiden UMNO Datuk Ahmad Zahid Hamidi bercakap benar bila menyatakan MCA dan Gerakan hanya tumpang dekat UMNO semata-mata untuk memegang jawatan kerajaan tinggi.

MCA dan Gerakan tidak berani meminta Datuk Ahmad Zahid Hamidi menarik balik kenyataannya tetapi berani mengecam saya dan membela Little Napoleon. Terpulang kepada rakyat untuk menilai siapa yang betul berdasarkan fakta dan kebenaran.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails