Thursday, July 15, 2010

Kesian kat Khairy... merajuk dah dia..

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengesahkan yang beliau sedang mempertimbangkan dengan serius untuk tidak mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti dijangka diadakan tahun depan.

Kesian kat Ketua Pemuda UMNO merangkap menantu Pak Lah ni.. merajuk dah dia..

Dah berapa kali Najib buat rombakan kabinet tapi nama dia tetap dipinggirkan, anak Mahathir yang kalah dalam pertandingan merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO tu dapat juga jawatan dalam kabinet Najib.. tapi dia?

Mungkin kerana merasakan dirinya akan dilantik sebagai Menteri Pertahanan ataupun sebagai Timbalan Menteri Pertahanan maka dia pun menjalanilah latihan sebagai Askar Wataniah… tapi setelah Najib buat rombakan Kabinet.. jawapannya.. Hampeh!!

Menjerit riuh rendah dalam Dewan Parlimen menghentam Anwar biar Najib Nampak, Najib buat tak nampak juga..

Kesian.. jadi melukut ditepi gantang menantu Pak Lah ni.. masa Pak Lah jadi PM dulu bolehlah hang nak tunjuk hang ada kuasa, sekarang sorryla…

Tapi tak apalah Khairy.. anda telah mencipta nama..

Nama sebagai Ketua Pemuda UMNO yang pertama tidak mendapat sebarang jawatan dalam kabinet kerajaan yang diterajui UMNO/BN… kah.. kah.. kah…

***********************************************

Khairy timbang lepaskan jawatan Ketua Pemuda tahun depan

July 15, 2010

KUALA LUMPUR 15 Julai — Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengesahkan yang beliau sedang mempertimbangkan dengan serius untuk tidak mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti dijangka diadakan tahun depan.

Ketua Pemuda penggal pertama ini bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.

“Betullah apa yang ditulis dalam Agendadaily itu,” kata beliau dipetik Utusan Malaysia.

Menurut laporan Agendadaily semalam, Khairy sedang menimbangkan secara serius untuk tidak mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Pemuda Umno pada pemilihan parti nanti.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, keputusannya untuk melepaskan jawatan itu semata-mata kerana mahu memberi laluan kepada bakat baru.

“Ya, memang saya ada berkata begitu. Walaupun belum muktamad lagi tetapi saya memang menimbangkan secara serius untuk tidak mempertahankan jawatan Ketua Pemuda,” katanya.

Khairy berkata demikian apabila ditanya sama ada benar atau tidak beliau ada membuat kenyataan mengenai hal itu ketika merasmikan satu mesyuarat perwakilan Pemuda Umno Bahagian di Pahang baru-baru ini.

Awal tahun ini, wujud desakan supaya Khairy berundur untuk menyelamatkan pergerakan itu.

Seorang Exconya, Mohd Hishamuddin Yahaya dilaporkan membentangkan beberapa bukti yang menunjukkan kepimpinan pergerakan yang diterajui Khairy itu tidak berminat untuk membantu parti dan kerajaan menarik sokongan sebaliknya mengugut agar diberi jawatan.

Difahamkan, Hishamuddin mencadangkan dua usul sama ada Khairy meletakkan jawatan dan membenarkan Ketua Pemuda dipangku oleh Datuk Razali Ibrahim atau keseluruhan Exco meletakkan jawatan bagi membolehkan satu pemilihan baru dibuat secepat mungkin.

Khairy menggantikan Datuk Seri Hishammudin Hussein sebagai Ketua Pemuda Umno setelah memenangi jawatan itu dalam pertandingan tiga penjuru dengan Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo pada pemilihan parti yang lalu.

Walaupun memenangi jawatan itu tahun lalu Khairy beliau lagi menganggotai Kabinet Najib.


The Malaysian Insider

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails