Tuesday, July 6, 2010

Kampung Melayu lenyap angkara khianat PKR dan PAS, kata pemimpin Umno

Hebat betul PKR dengan PAS ni ya.. baru berkuasa di Pulau Pinang tak sampai 5 tahun dah lenyap Kampung Melayu.. kah.. kah.. kah..

Kepala Hotak dia!! Siapa yang cakap tu memang buta perut! Kebanyakkan dari Kampung Melayu di Pulau Pinang dilenyapkan oleh UMNO sendiri sebenarnya..

Boleh dikatakan kesemua projek-projek yang akan diadakan diatas tanah tanah orang Melayu Pulau Pinang diluluskan semasa UMNO/BN memerintah dulu..

Sekarang berpura-pura prihatin pulak...


Kampung Melayu lenyap angkara khianat PKR dan PAS, kata pemimpin Umno

Tue, Jul 6, 2010

Seorang pemimpin Umno Pulau Pinang berjawatan Senator hari ini mendakwa ahli-ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) dari PKR dan PAS sebagai dalang kepada projek pembangunan besar-besaran di kawasan perkampungan tradisional Melayu sehingga membawa penghapusan kampung-kampung berkenaan di negeri itu.

Senator Datuk Saripah Aminah Syed Mohammad yang juga ketua Wanita Umno bahagian Jelutong mendakwa ahli majlis berkenaan telah berpakat dengan pemaju yang dilantik kerajaan negeri membangunkan kampung Melayu berkenaan.


"Dalang-dalang tersebut masuk ke kampung-kampung Melayu seperti di Jelutong ini untuk menawarkan RM50,000 kepada pemilik tanah tersebut supaya menjual kepada pemaju.

"Kalau mereka berdegil, harga akan dinaikkan kepada RM75,000. Kegiatan berlaku di seluruh Pulau Pinang terutama di bahagian pulau dan paling banyak di Jelutong.

"Jika kes-kes ini dibawa ke mahkamah penduduk yang kalah tidak akan mendapat satu sen pun.

"Di atas tapak ini akan dibina perumahan mewah yang menelan belanja ratusan ribu ringgit kerana di Pulau Pinang flat tidak dibina lagi.

"Mana mungkin orang Melayu mampu membeIi rumah-rumah berkenaan. Akibatnya mereka terpaksa keluar dari kawasan tersebut.

‘Inilah cara perkampungan Melayu akan lenyap di negeri ini. Kini Kampung tradisional Melayu musnah satu persatu," katanya ketika dihubungi.

Saripah Aminah menambah, apabila pelan pembangunan telah diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan, ia tidak dapat diubah lagi meskipun dibantah oleh penduduk dan pihak-pihak tertentu.

Katanya, apa yang berlaku sekarang ialah kerana sikap orang Melayu yang mahu mengubah kerajaan negeri dari Barisan Nasional (BN) kepada DAP dalam pilihanraya umum lalu.

"Pada mulanya mereka mahu mengharapkan bekas timbalan ketua menteri, Fairus Khairuddin untuk membela nasib mereka.

"Malangnya Fairus tidak boleh apa-apa kerana kuasa pemerintahan kerajaan negeri adalah milik DAP," katanya.

Saripah Aminah juga mendakwa, kini tidak pihak yang tampil membantu menyelesaikan kes itu menyebabkan perkampungan tradisional orang Melayu di Pulau Pinang hilang satu persatu.


Free Malaysia Today

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails