Friday, July 9, 2010

Isu Penan : Shahrizat akan mengkaji lagi...

Membaca tentang isu Kaum Penan di Sarawak membawa ingatan aku terhadap filem-filem tamil yang sering dipaparkan di TV2,dimana bagi kebanyakkan kisah tentang masyarakat mereka pasti akan dipaparkan tentang betapa peritnya golongan yang miskin dalam mendapat pembelaan dari pihak berkuasa, yang miskin dipaparkan hidup dalam penindasan pihak yang kaya.


Muramnya suasana...

Jelas tiada bezanya dengan apa yang dialami oleh Kaum Penan di Sarawak, Malaysia. Mereka hidup dalam kemiskinan biarpun Ketua Menteri mereka kaya-raya.

Faktor kemiskinan ini telah menyebabkan mereka terpaksa bergantung kepada kenderaan syarikat pembalakan untuk keluar kebandar bagi mendapatkan bekalan keperluan harian dan juga untuk ke sekolah kerana tempat tinggal mereka yang terlalu jauh di pedalaman dan ditambah pula tiada kenderaan lain yang boleh digunakan.

Bagi rakyat Malaysia yang mengikuti kes perkosaan dan penderaan seks terhadap wanita Penan oleh pembalak pasti tahu bawaha kes ini bukanlah sesuatu yang baru.

Dalam siasatan yang telah dijalankan oleh Jawatankuasa bertindak yang ditubuhkan oleh kerajaan bagi menyiasat dakwaan penderaan seksual terhadap Wanita Kaum Penan di Sarawak pada bulan October 2008, Jawatankuasa tersebut telah mengesahkan dalam laporan mereka bahawa memang ujud kes-kes rogol dan penderaan seksual keatas kanak-kanak dan juga wanita Penan di Sarawak oleh pembalak – pembalak.

Pengesahan tersebut telah dibuat setelah hampir setahun siasatan berkenaan isu itu dijalankan oleh Jawatankuasa tersebut.

laporan Jawatankuasa Bertindak Peringkat Kebangsaan bagi menyiasat dakwaan penderaan seksual terhadap wanita kaum Penan di Sarawak itu telah disimpan oleh Shahrizat.

Dalam usaha untuk mendapatkan laporan tersebut Ketua Wanita KeAdilan YB Hajjah Zuraidah Kamaruddin dan pasukannya yang telah mengadakan demontrasi dihadapan bangunan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat – sepenuhnya sila baca di SINI.

Hari ini pula Shahrizat berkata pihaknya telah memperolehi laporan tersebut dari Kumpulan Sokongan Penan (PSG) dan akan merujuknya kepada pasukan petugas nasional - yang ditubuhkan tahun lalu - untuk mengkajinya.

"Kementerian, melalui Jabatan Pembangunan Wanita, sedang mengkaji laporan itu, dan sedang meneliti khususnya tujuh kes baru didokumentasikan dalam laporan tersebut.

Jika laporan Jawatankuasa Bertindak Peringkat Kebangsaan yang ditubuhkan oleh kerajaan sendiri telah diperap begitu sahaja oleh Shahrizat adakah kita yakin yang Laporan dari Kumpulan Sokongan Penan (PSG) akan dipandang serius oleh Shahrizat?

Jadi apabezanya antara kisah-kisah yang dipaparkan dalam filem-filem Tamil itu dengan kisah Kaum Penan ini?

Kerana kemiskinan masaalah mereka dipandang sepi…

Laporan Jawatankuasa Bertindak Peringkat Kebangsaan download di SINI


Kementerian Wanita akan kaji 'laporan Penan'


Kerajaan akan mengkaji laporan Penan yang baru dikeluarkan, yang mendedahkan bukti baru yang menunjukkan berlaku perkosaan dan penderaan seks terhadap wanita Penan oleh pembalak.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata pihaknya telah memperolehi laporan tersebut dari Kumpulan Sokongan Penan (PSG) dan akan merujuknya kepada pasukan petugas nasional - yang ditubuhkan tahun lalu - untuk mengkajinya.

"Kementerian, melalui Jabatan Pembangunan Wanita, sedang mengkaji laporan itu, dan sedang meneliti khususnya tujuh kes barudidokumentasikan dalam laporan tersebut.

"Kes-kes tersebut akan diserahkan kepada pasukan petugas nasional yang turut dianggota pihak polis," kata menteri berkenaan, Datuk Shahrizat Abdul Jalil dalam wawancara emel dengan Malaysiakini.

Pada masa yang sama, beliau mempertahankan pihak polis, yang telah menutup kes itu akhir tahun lalu, atas alasan tidak cukup bukti dan kurang kerjasama dari pihak mangsa.

Beliau juga berkata, pihak polis komited dalam menjalankan siasatan terhadap dakwaan dalam laporan tersebut.

Shahrizat berkata kementeriannya memandang serius isu tersebut dan semua tuduhan perlu disiasat segera dan secara menyeluruh oleh pihak polis.

Kementerian itu juga turut mempertahankan laporan pasukan petugasnya yang siap Oktober lalu, yang mengesahkan berlaku keganasan seks terhadap wanita Penan, dan bahawa mereka akan meneruskan usaha mendidik masyarakat berkenaan mengenai hak mereka.


Sumber berita : Malaysiakini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails