Saturday, July 17, 2010

Harga Gula Turun Jika Pasaran Berubah?.. Jangan Mimpilah..

Mustapa Mohamed berkata turun-naik harga satu-satu komoditi itu berkait kepada pasaran antarabangsa. Beliau memberi jaminan harga gula akan dikurangkan jika harga pasaran gula antarabangsa turun.

Ya lah tu.. Janji-janji yang ditabur untuk menyejukkan hati rakyat yang panas kerana kenaikkan harga komoditi itu..

Contoh terbaik kita lihat harga Minyak, dulu bila kerajaan hendak menaikkan harga atau ayat terbaru yang pentadbiran Najib gunakan ialah 'menyelaraskan' mereka akan berkata untuk mengurangkan beban subsidi yang ditanggung oleh kerajaan selari dengan peningkatan harga minyak antarabangsa, kerajaan terpaksa menaikkan harga minyak..

Minyak tu komoditi yang berkait kepada pasaran antarabangsa.. kadang kala naik.. kadang kala turun.. tapi di Malaysia naik saja, tak turun-turun..

Harga gula tu pun rasanya macam tu lah.. Jangan Mimpi nak turun.. nak naik lagi adalah..

Najib kat menyelaraskan harga barangan tu.. tapi dia selaraskan dengan harga dari negara mana ya?


Menteri: Harga Gula Turun Jika Pasaran Berubah

Kerajaan hari ini cuba menjelaskan keperluan memansuhkan subsidi RM1billion ringgit untuk gula, walaupun bantuan itu banyak membantu golongan berpendapatan rendah dan gula adalah keperluan asas.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata hasil cukai yang dikutip dari rakyat tidak sewajarnya digunakan untuk membantu pengguna kerana kepenggunaan gula berlebihan menjejaskan kesihatan.

Bercakap kepada agensi berita Bernama, Mustapa berkata turun-naik harga satu-satu komoditi itu berkait kepada pasaran antarabangsa. Beliau memberi jaminan harga gula akan dikurangkan jika harga pasaran gula antarabangsa turun.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata demikian semasa mengulas program rasionalisasi subsidi yang melibatkan pengurangan subsidi keatas gula yang diumum kerajaan Khamis lalu.

"Sudah pasti kerajaan akan lihat semula kadar subsidi tersebut dan pada masa yang sama, kalau harga turun, penyelarasan akan dibuat bagi mengurangkan harga," kata Mustapa.

Untuk rekod, TV Selangor gagal mengesan data yang menunjukkan kerajaan pernah menurunkan harga gula.

Datuk Seri Mustapha Mohamed mengakui kenaikan harga akan memberi kesan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana, tetapi boleh dikawal jika pengusaha berkenaan lebih bijak menguruskan perniagaan.

"Kita tidak boleh pertahankan (harga pada) keadaan semasa. Malah subsidi bermakna kita mengambil hasil cukai untuk bantu pengguna," katanya.

"Langkah mengurangkan kandungan gula tidak akan menyebabkan kos melambung. PKS boleh ubah suai dan struktur kos dapat dikekalkan," tambah Mustapa.

Khamis lalu, kerajaan mengumumkan bahawa subsidi gula dan bahan api akan dikurangkan sebagai langkah pertama program rasionalisasi subsidi secara berperingkat-peringkat.

Harga gula dinaikkan sebanyak 25 sen sekilogram, diikuti minyak petrol RON 95 dan diesel masing-masing dinaikkan sebanyak 5.0 sen seliter, serta gas petroleum cecair (LPG) dinaikkan sebanyak 10 sen sekilogram.


Suara Keadilan

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails