Tuesday, July 27, 2010

Guru dibenarkan kembali berpolitik.. tapi sokong PR tak boleh!

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata syarat-syarat ketat akan dikenakan terhadap pegawai pendidikan yang dibenarkan melibatkan diri dalam politik itu agar tugas dan focus utama golongan itu iaitu mendidik tidak terjejas dengan penglibatan mereka dalam politik.

Yang pasti antara syarat utamanya ialah Pegawai Pendidikan yang dibenarkan berpolitik itu tidak akan dibenarkan sama sekali menyokong pihak Pakatan Rakyat, jika didapati menyokong Pakatan Rakyat tindakan akan dikenakan.

Contoh tindakan ialah jika guru tersebut dari Semenanjung beliau akan dipindahkan ke pendalaman Sarawak, biar di berpolitik dengan orang asal disana pula..

Dan jika tidak dipindahkan ke Sabah atau Sarawak akan dipindahkan keserata Semenanjung pada masa yang sesuai bagi mereka dan tidak sesuai bagi guru-guru yang terbabit, contohnya macam 32 orang guru-guru dari Pulau Pinang yang telah diberitahu akan dipindahkan keluar dari Pulau Pinang.

Boleh dikatakan kesemua mereka terlibat dengan Pakatan Rakyat baik secara langsung mahupun tidak langsung.. dan kalau nak tahu ramai juga guru-guru yang menulis blog menentang UMNO/BN.. keh.. keh.. keh..

Berbalik kepada berita..

Tindakan Ketua Setiausaha Negara yang sudah pasti berkiblatkan UMNO/BN ini dalam membenarkan Pegawai pendidikan dan Guru Besar kembali aktif berpolitik
hanya mencerminkan apa situasi sebenar didalam UMNO/BN sekarang..

UMNO/BN hanya mahu mencari pemimpin-pemimpin bagi diletakkan sebagai calon didalam PRU13 nanti kerana mereka jelas kekurangan muka-muka baru yang boleh diketengahkan sebagai pemimpin.

Mereka sedar kebanyakkan dari pemimpin yang ada didalam UMNO sekarang terpalit dengan berbagai isu yang sudah tidak dapat dilindungi dari pengetahuan rakyat yang celik IT.. hanya yang buta IT dan Hati masih mempercayai UMNO/BN..

Jadi selepas ini kita akan kembali melihat YB-YB bekas Guru Besar seperti di era 70an dulu..

Dan adakah pegawai pendidikan yang berpolitik itu turut akan berpolitik sewaktu berkerja? sedangkan gaji dibayar kepada mereka sebagai pegawai pendidikan bukannya pegawai pendidikan UMNO!!

******************************************

KSN: Pegawai pendidikan, guru besar dibenar aktif berpolitik

KUALA LUMPUR, 27 Julai — Bermula 1 Ogos ini, pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 akan dibenarkan melibatkan diri dalam politik, demikian diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Menurut Mohd Sidek, langkah itu berlandaskan hakikat bahawa guru suatu masa dahulu memain peranan penting dalam memimpin masyarakat dalam senario politik negara.

“Masanya sudah tiba mereka dibenar aktif semula dalam politik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagi tujuan itu, beliau berkata pindaan Peraturan 21 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Tindakan sedang diambil untuk mewartakawan pindaan peraturan tersebut, tambahnya.

Sebelum ini, Peraturan 21(2) peraturan tersebut menetapkan hanya pegawai dalam Kumpulan Sokongan boleh bertanding atau memegang jawatan atau dilantik ke dalam apa-apa jawatan dalam suatu parti politik dengan syarat terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau Ketua Setiausaha kementerian berkenaan.

Di bawah peraturan baru ini, pegawai pendidikan, selain pengetua atau guru besar di institusi pendidikan dan pegawai yang memegang apa-apa jawatan pentadbiran dalam mana-mana agensi kerajaan, perlu mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran terlebih dahulu.

“Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran tidak boleh mewakilkan kuasanya untuk memberikan kelulusan bertulis itu kepada mana-mana orang lain dan apa-apa keputusan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran adalah muktamad,” kata Mohd Sidek.

Beliau berkata syarat-syarat ketat akan dikenakan agar tugas dan focus utama golongan itu iaitu mendidik tidak terjejas dengan penglibatan mereka dalam politik.

Katanya mereka yang dibenarkan terlibat dalam politik kelak hendaklah mematuhi sepenuhnya Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, termasuk batasan tugas mereka sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan dengan aktiviti dalam politik.



Bernama

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails