Thursday, July 22, 2010

Fuh!! Nasib baik Parlimen Malaysia tak jadi macam kat India ni (Video Inside)

PATNA, India 21 Julai – Lebih daripada 60 ahli Parlimen digantung daripada menghadiri mesyuarat dewan undangan negeri Bihar hari ini, yang menyaksikan Speaker dibaling kasut, kerusi dilontar dan ahli politik wanita menghayun pasu bunga sehingga terpaksa ditahan polis.

Dewan undangan negeri Bihar sememangnya sudah panas sejak beberapa hari ini, apabila parti pembangkang mendesak agar Ketua Menteri meletak jawatan ekoran tuduhan wujudnya skandal rasuah.

Semalam, anggota kedua-dua parti pemerintah dan pembangkang bertindak ganas dengan merosakkan meja dan membaling kerusi ke arah masing-masing.

Kekacauan bersambung ke hari ini, dengan seorang penggubal undang-undang melahirkan kemarahannya dengan membaling kasutnyanya ke arah Speaker, manakala yang lain bergusti sesama sendiri di atas lantai.




Seorang daripadanya, Jyoti Singh semasa membantah kerana diarah keluar dari dewan, memungut pasu bunga di pintu masuk dewan sebelum membalingnya ke arah anggota pasukan keselamatan.



Ahli Parlimen wanita itu kemudiannya ditahan oleh tiga anggota keselamatan wanita.

Speaker Udai Narain Choudhry menggantung 67 anggota yang mewakili hampir keseluruhan parti pembangkang, sehingga Jumaat ini, iaitu hari terakhir sesi penggal ini. – AFP


ehhh.. samalah gambar-gambar dibawah ni.. yang berbeza cuma jantina dan tempat.



Dia ini diheret keluar..


Dia ini pun diheret keluar juga..









Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails