Friday, July 16, 2010

err... Korang PERCAYA tak berita ni?

Sebelum korang baca berita dibawah ni, ini ada sedikit fakta..

Menurut fakta yang terpampang dalam wikipedia bertajuk "Daftar kota di Malaysia menurut jumlah penduduk" jumlah penduduk di Tanah Merah, Kelantan pada tahun 2000 ialah 21,678 orang..

Agak-agak dalam tahun 2010 ni berapa puluh ribu orang agaknya penduduk Tanah Merah tu ya..

Tu fakta tu.. sekarang baca berita dibawah..dan nilailah sendiri.. Fakta atau Auta..


20,000 hadiri mesyuarat UMNO Tanah Merah

TANAH MERAH 15 Julai - Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Tanah Merah di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah 1 di sini hari ini mencipta sejarah apabila ia menjadi persidangan pertama yang dihadiri lebih 20,000 rakyat Kelantan.

Persidangan itu dirasmikan Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang turut meluluskan dana RM3.2 juta untuk projek bekalan air bersih di Kampung Peralla di jajahan tersebut.

Peruntukan itu juga bagi membaik pulih dua surau di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Panau dan membina dewan serbaguna sebuah kuil di Kampung Kerilla.

Selain itu, peruntukan sama adalah bagi membaik pulih kantin sebuah sekolah jenis kebangsaan; menaik taraf kelab polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) serta membina laluan keluar alternatif kedua Hospital Tanah Merah (HTM).

Ketua UMNO Bahagian itu, Datuk Ikmal Hisham Abd. Aziz menyifatkan jumlah kehadiran yang di luar jangkaan itu merupakan satu sejarah dan tanda sokongan padu rakyat terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN).

"UMNO bukan sahaja sandaran kepada orang Melayu tetapi payung kepada semua kaum kerana kukuh parti ini maka kuatlah negara," katanya.

Mengulas mengenai peruntukan tersebut, beliau menganggap ia sebagai hadiah yang diberikan kerajaan kepada rakyat di jajahan tersebut.

Jelasnya, peruntukan RM2.5 juta untuk projek bekalan air bersih itu telah menamatkan penantian selama lebih 50 tahun oleh hampir 2,000 penduduk di Kampung Peralla.

"Kelulusan tersebut disambut baik oleh penduduk kampung yang selama ini terpinggir daripada menikmati air bersih sedangkan penduduk kampung lain telah lama merasainya.

"Masalah ketiadaan air bersih di Kampung Peralla telah membelenggu penduduk sejak negara mencapai kemerdekaan lagi dan hari ini, mereka bangga dan berterima kasih kerana terpilih untuk turut serta menikmati arus kemodenan walaupun agak terbelakang," katanya.

Majlis tersebut turut dihadiri Menteri Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri dan timbalannya yang juga Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin.

Tambah Ikmal Hisham, kehadiran Muhyiddin juga menyuntik semangat rakyat untuk terus menyokong kepimpinan kerajaan dan UMNO bagi membela nasib mereka pada masa hadapan.


Media UMNO

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails