Thursday, July 8, 2010

Dia Pemimpin UMNO, jadi tiada elemen Rasuah!

Sakit hatinya aku baca berita ni..

Petikan berita.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz berkata selepas meneliti buku berkenaan SPRM mendapati tiada asas berlakunya kesalahan itu di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
Hebat!!

Dengan hanya meneliti buku yang ditulis oleh Barry Wain iaitu Malaysian Maverick SPRM atau Sekutu Pakatan Rakyat Malaysia boleh membuat andaian bahawa tiada elemen yang melibatkan rasuah di era pentadbiran Mahathir.

Kenapa tiada siasatan yang dijalankan terhadap dakwaan tersebut? Adakah kerana Mahathir itu bekas Pemimpin UMNO maka dia dikecualikan dari undang-undang?

Begitu juga dengan berbagai lagi kes yang melibatkan pemimpin UMNO boleh dikatakan hampir kesemuanya diketepikan oleh SPRM itu.. ianya sepatutnya sebuah badan yang bebas dalam mengendalikan siasatan yang melibatkan rasuah.

Adakah kerana mereka yang berkerja dengan SPRM itu merasakan yang selama ini gaji mereka dibayar oleh UMNO maka mereka tidak mahu bertindak menggigit tangan pihak yang memberi mereka makan?

Sesuai sangat jika SPRM itu digelar dengan 'lembu UMNO' atau Sekutu Pakatan Rakyat Malaysia oleh segelintir orang..


Bazir RM100b: Dakwaan Wain tentang Mahathir tiada elemen rasuah

KUALA LUMPUR, 8 Julai – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak bercadang menyiasat dakwaan Barry Wain dalam bukunya “Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times” kerana mendapati tiada elemen perlakuan rasuah berlaku seperti yang didakwanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz berkata selepas meneliti buku berkenaan SPRM mendapati tiada asas berlakunya kesalahan itu di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Charles Anthony Santiago (DAP-Klang) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Dalam bukunya, Wain bekas Pengarang Urusan Asian Wall Street Journal mendakwa kononnya Dr Mahathir membazirkan sehingga RM100 bilion ketika menjadi Perdana Menteri.

Dr Mahathir dalam blognya http://chedet.co.cc/chedetblog/ mengakui pernah berlaku beberapa kerugian dalam tempoh pentadbirannya tetapi jumlahnya tidak pun mencecah RM10 bilion.

Akhir tahun lalu ekoran dakwaan Lim Kit Siang berdasarkan kandungan buku itu, Dr Mahathir meminta kerajaan menubuhkan sebuah suruhanjaya diraja siasatan.

Bagaimanapun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menolak perlunya diadakan sebuah suruhanjaya diraja untuk tujuan itu.


Sumber berita : The Malaysian Insider

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails