Wednesday, July 21, 2010

Cukuplah Utusan, nampak macam UMNO desperate - Khairy

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berharap usaha mewujudkan kerajaan perpaduan dengan musuh politik mereka PAS dihentikan kerana dia menggambarkan seolah-olah Umno terdesak.

"Saya rasa cukuplah dengan usaha dan artikel (tentang) perpaduan Umno-PAS (ditulis).

"Cerita muka 1 Utusan (Malaysia) hari ini nampak macam kita desperate (terdesak) sangat," kata Khairy dalam laman Twitter.

Beliau mengulas berita muka depan akhbar Umno itu berjudul "Pelan Damai Umno, PAS" yang memetik Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan yang berharap kedua-dua parti mempunyai satu pelan damai atas nama Islam supaya persengketaan yang panjang berjaya ditamatkan.

Nasrudin juga dilaporkan berkata, hasrat itu wajar disegerakan kerana umat Islam terlalu bosan dengan pertelagahan tersebut terutama gelagat pemimpin tertentu yang memburu kepentingan politik dengan mengeksploitasi sentimen kebencian antara Umno dan PAS.

Malah, memetik tulisan di blog Nasrudin, Utusan juga melaporkan PAS boleh melupakan sejarah perit seperti ditolak daripada Perikatan, peristiwa Memali dan penahanan pemimpin parti itu bawah ISA, demi penyatuan umah.

''Sebagaimana PAS boleh melupakan kenyataan serta tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN)," laporan itu dipetik.


Malaysiakini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails