Thursday, July 1, 2010

Bukan sahaja SUK, pegawai kewangan malah Semua Pengarah PBT wajar ditukar!

Profesor Aziz Bari. Menyarankan kepada Pakatan Rakyat penasihat undang-undang, pegawai kewangan negeri dan setiausaha kerajaan negeri adalah lantikan kerajaan persekutuan yang disyaki berperanan sebagai tali barut kerajaan pusat untuk mengkucar-kacirkan kestabilan di negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat.

"Oleh kerana penasihat undang-undang, pegawai kewangan negeri dan setiausaha kerajaan negeri adalah anggota kabinet negeri, jadi mereka ini mungkin membocorkan rahsia negeri kepada pusat," katanya.

Sepatutnya begitulah.. tetapi bukan saja mereka-mereka itu yang perlu ditukar malah kesemua Pengarah-pengarah yang terdapat didalam Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sewajarnya perlu disingkirkan dari awal Pakatan Rakyat mula memerintah negeri tersebut.

Ramai yang terlepas pandang akan keujudan mereka ini yang mampu menimbulkan kemarahan rakyat kepada pemerintahan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.

Sedar atau tidak, kebanyakkan dari mereka ini ialah orang-orang UMNO yang tidak mungkin akan menurut perintah Pakatan Rakyat, dalam apa jua keadaan mereka akan tetap cuba menjadikan pemerintahan Pakatan Rakyat buruk dimata rakyat..

Contoh mudah.. aku sebutkan disini antaranya ialah pungutan sampah.. kebanyakkan negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat mengalami masaalah ini, Pulau Pinang khasnya..

Jika dulu semasa negeri ini diperintah oleh Barisan Nasional boleh dikatakan tiada masaalah ini timbul, tetapi kini kita sering mendengar rungutan mengenai masaalah ini, kenapa?

Jika dulu sampah dipungut diawal pagi, kenapa kini dilakukan ketika orang ramai sedang sibuk hendak ketempat kerja?

Itu berkenaan sampah, sebarang aduan yang dibuat juga amat lambat untuk diambil tindakan, kenapa? Ada pihak yang membuat aduan menyelesaikan sendiri masaalah mereka itu kerana tindakan yang diambil oleh PBT memamakan masa 3 atau 4 bulan..

Perobohan struktur binaan haram, berbekalkan undang-undang mereka memberikan notis dan apabila tempoh cukup pasti akan dirobohkan, kenapa semasa BN memerintah tidak begini tegas?

Kesemua masaalah diatas membawa kita kepada satu hasil, iaitu menimbulkan kemarahan dan kebencian rakyat di negeri yang diperintah Pakatan Rakyat kepada pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat..


***********************************************

Aziz Bari: Tukar sekali SUK, pegawai kewangan
Jul 1, 10 10:20am

Pakatan Rakyat bukan sahaja disaran menggantikan penasihat undang-undang dengan peguam sendiri, malahan gagasan itu turut dicadang melantik pegawai kewangan dan setiausaha kerajaan negeri pilihan mereka.

Hal ini disuarakan oleh pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Profesor Aziz Bari.

Beliau yang dipetik oleh TV Selangor berkata ketiga-tiga jawatan berkenaan adalah lantikan kerajaan persekutuan yang disyaki berperanan sebagai tali barut kerajaan pusat untuk mengkucar-kacirkan kestabilan di negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat.

"Oleh kerana penasihat undang-undang, pegawai kewangan negeri dan setiausaha kerajaan negeri adalah anggota kabinet negeri, jadi mereka ini mungkin membocorkan rahsia negeri kepada pusat," katanya.

"Gaji dibayar oleh negeri tetapi kesetiaan dan kiblat mereka kepada kerajaan persekutuan kerana kita faham mereka ini dipilih oleh peguam negara untuk mengkucar-kacirkan. Ini yang berlaku," katanya lagi.

'Tali barut'

Mesyuarat majlis tertinggi Pakatan Rakyat sebelum ini mencadangkan supaya empat negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat melantik peguam luar dan bukannya dari pejabat peguam negara.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan perubahan itu perlu dilakukan kerana penasihat undang-undang sedia ada, tidak bebas dan tertakluk kepada telunjuk kerajaan pusat.

"Yang disebut Anwar sebagai 'kecuaian' cukup lembut. Ia bukan kecuaian tetapi memang menjadi tali barut, menjadi gunting dalam lipatan kerana kenaikan pangkat ditentukan Peguam Negara bukan kerajaan negeri, bukan MB," katanya.

Mengulas lanjut, kata Aziz, tidak ada sebarang perlembagaan khusus melibatkan perkara berkenaan.

"Saya melihat perkara ini sebagai satu kelemahan dalam struktur perlembagaan. Saya tidak faham kenapa... Kalau zaman dulu mungkin susah hendak dapatkan peguam tetapi sekarang lain.

Guna istana

Beliau bagaimanapun mengesyaki tidak mustahil hasrat kerajan negeri Pakatan Rakyat akan dihalang berikutan kepentingan politik pihak berkepentingan termasuk memperalat institusi istana.
"Masalahnya, mereka (kerajaan persekutuan) akan gunakan istana untuk menghalang pelantikan ini," katanya.

Penasihat undang-undang di negeri-negeri Pakatan Rakyat sejak pilihan raya umum 2008 seringkali bertindak dan membuat keputusan yang bercanggah dengan kerajaan negeri. Paling ketara, ia berlaku di Perak sebelum kerajaan negeri Pakatan ditumbangkan.

Di Selangor pula, penasihat undang-undang negeri didakwa melenggahkan hasrat kerajaan negeri menjadikan dokumen konsei perjanjian air sebagai dokumen awam.


Malaysiakini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails