PERBUATAN ORANG-ORANG UMNO MENGETUK-NGETUK GENDANG PERPADUAN samalah cerita kancil dengan gajah.
Cara Kancil nak keluar lubang
Kancil berkali-kali menjentik telur gajah. Gajah kata jangaaan. Kancil jentik lagi , jentik lagi. Jangannn !! kata gajah. Kancil jentik lagi. Akhirnya gajah hilang sabar, lalu mencampak kancil keluar dari lubang besar itu. BERSORAKLAH SI KANCIL.
Apakah PAS mahu tertipu macam gajah ?Apabila PAS enggan menyambut seruan perpaduan tersebut, maka dihebuhkan keseluruh dunia bahawa Pas parti yang tidak benar-benar ikut Islam, tidak mahu kepada perpaduan dan macam-macam lagi. Dan dengan itu mereka berharap orang-orang kampong akan marah dan benci pada Pas dan bersimpati dengan UMNO.
Lalu pada pilihanraya nanti Pas akan kempunan mendapatkan undi mereka. Sepatutnya orang-orang Pas atau penyokong-penyokong Pas sudah cukup masak dengan skrip ciptaan UMNO ini.
Kemudian Jamil Khir turut sebuk.. Antara kata-katanya menyeru Pas kembalilah kepada Al Quran. Yang tak mahu kepada Quran siapa ? Bukankah Umno?
Lagi yang terbaru,.. tiba-tiba ketua pemuda PAS yang tak semena-mena menjadi bangang ni pulak memberi respon yang nyata amat ditunggu-tunggu oleh UMNO.
Wahai ketua Pemuda Pas ! Janganlah kamu membenarkan kata-kata Mahathir – MELAYU MUDAH LUPA. Terlalu banyak dosa yang telah dilakukan oleh UMNO kepada Pas dan Melayu khususnya. Janganlah begitu mudah melupa dan memaafkannya.
