Sunday, July 11, 2010

Anwar jadi 'alat' CIA pulakdah....

Macam-macam kerja orang Tua ni buat.. Dia jadi Ketua Pembangkang, dia juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, Dia juga Penasihat PKR, Dia juga jadi Penasihat Ekonomi negeri Selangor dan berbagai-bagailagi yangaku sendiripun dah lupa..

Hari tu dituduh ejen Yahudi.. sekarang dituduh sebagai 'alat' CIA pulakdah.. tuduhan berdasarkan laporan sebuah blog..

err... sejak bila depa percaya laporan Blog ni??

**********************************************

Laporan dalam Utusan dakwa Anwar 'alat' CIA

Jul 11, 10 5:09pm

Utusan Malaysia hari ini meneruskan serangan terhadap ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam laporannya - kali ini akhbar itu memetik tulisan seorang penulis blog - yang mendakwa ketua umum PKR itu adalah "alat" kepada Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat.

Dalam edisi Ahadnya hari ini - Mingguan Malaysia - akhbar harian bahasa Melayu itu memetik tulisan Elaine Meinel Supkis, yang digambarkannya sebagai "seorang penulis blog terkemuka", mendedahkan bahawa Anwar merupakan "alat" CIA .

Akhbar tersebut menterjemah tulisan Elaine dalam blog - Culture of Life News - seperti berikut: "Anwar bukan ejen tetapi alat yang dicipta oleh CIA. Senarai rakan-rakan membuktikan segala-galanya dan merupakan ejen CIA yang menyamar."

Mingguan Malaysia memetik tulisan Elaine yang bertajuk 'CIA and Mossad want Anwar Ibrahim assassinated (CIA dan Mossad mahu Anwar Ibrahim dibunuh) yang menyebut bahawa Anwar merupakan alat ciptaan CIA bagi menjaga kepentingan dan perancangan sulit negara itu di Malaysia.

Tidak banyak yang diketahui mengenai Elaine kecuali apa yang terdapat dalam blognya.


Malaysiakini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails