Saturday, July 10, 2010

Kerana Altantuya.. Chegu Bard ditahan?

Kelmarin Chegu Bard ditahan polis, menurutnya beliau ditahan untuk disiasat berkenaan artikel yang menyentuh Altantuya dan Raja Petra.

Menghairankan sungguh.. Najib telah berkata dan kalau tak silap telah bersumpah mengatakan beliau tidak mengenali langsung siapa itu Altantuya, tetapi kenapa nama Altantuya masih menjadi satu nama yang sensitif bagi pihak polis?

Dulu semasa kempen PRK Bukit Selambau dan juga Bukit Gantang, antara syarat yang dikenakan dalam mendapatkan permit ceramah ialah tidak boleh disentuh atau disebut nama Altantuya, kalau disentuh ceramah akan dihentikan oleh pihak polis serta merta..

Adakah menyebut nama Altantuya kini telah menjadi satu jenayah di negara kita ini?


Artikel Altantuya: Pemimpin PKR ditahan polis


Seorang ahli majlis pimpinan pusat PKR Badrul Hisham Shaharin ditahan polis di Seremban antaranya ekoran tulisannya dalam blog mengenai Altantuya Shariibu.

Badrul yang juga dikenali sebagai Chegubard berkata, beliau ditahan di pejabat PKR Negeri Sembilan di Seremban ketika hendak mempengerusikan mesyuarat PKR cabang Rembau kira-kira jam 9 malam pada Jumaat.

“Baru nak pengerusikan mesyuarat cabang Rembau, sekumpulan 15 orang angggota polis serbu dan ambil Chegubard, ditahan dan dalam perjalanan ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Seremban,” tulisnya dalam laman blog mikro Twitter.

Badrul yang juga pengarang buku Di Sebalik misteri pembunuhan Altantuya juga menulis bahawa rumahnya di Bukit Chedang, Seremban digeledah polis selepas beliau ditahan.

Beliau memberitahu dibawa sekali ketika operasi itu dijalankan.

Polis kemudian merakamkan kenyataannya di IPD berkenaan, tulisnya lagi.

Ketika dihubungi Malaysiakini selepas dibebaskan dengan jaminan polis hampir jam 12 tengah malam tadi, Badrul mengesahkan laporan-laporan di Twitter berkaitan penahanannya.

Katanya, pihak berkuasa memberitahunya, beliau disiasat bawah akta hasutan kerana terdapat beberapa laporan polis dibuat terhadapnya dan ekoran kenyataannya di blog dan pentas ceramah.

“Saya ditunjukkan dan disoal berkaitan artikel di blog, antaranya berkaitan Altantuya dan raja.

"Ya, saya mengaku saya yang tulis,” katanya.

Ditanya tentang penggeledahan rumahnya oleh pihak polis, Badrul yang juga jurucakap NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berkata:

“Saya juga tidak jelas apa yang mereka (polis) cari. Tiada apa-apa diambil. Cuma polis mengambil gambar ruang kerja saya di rumah.”


Malaysiakini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails