Tuesday, July 27, 2010

Ahmad Maslan yang DESPERATE..

Biarpun PAS telah menetapkan pendirian, tiada kerjasama politik antara PAS dan UMNO namun Ketua Penerangan UMNO ini masih tidak boleh menerima kenyataan itu.

Ahmad Maslan berkata Usaha Umno untuk menjalinkan perpaduan bersama PAS tidak akan dihentikan kerana Umno yakin masih terdapat kumpulan tertentu dalam PAS yang menyokong usaha berkenaan.

Najib sendiri telah mengatakan UMNO tidak terdesak untuk bersama dengan PAS dan UMNO itu adalah Parti Melayu terbesar dinegara ini, jadi apa hal Ahmad Maslan ni masih terhegeh-hegeh?

Bila Najib dah berkata macam tu.. Apakah Ahmad Maslan merasakan kuasanya akan tergugat pada PRU13 nanti, beliau telah menjadi desprate hingga sanggup bertindak seperti 'hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong'.

PAS dah kata tak hendak.. dia mahu juga..

Kalau binatang berperangai macam ni.. rasanya dah kena sepak macam bola dah.

Tapi.. dalam UMNO sendiri adakah semua ahli-ahlinya boleh menerima kehadiran ahli-ahli PAS? sepanjang pengetahuan aku.. orang lama UMNO yang keluar dari UMNO menyertai PKR sendiripun ramai yang tidak selesa dengan ahli-ahli PAS.. hakikat tu.

******************************************

Umno tetap mahu jalin kerjasama perpaduan dengan PAS meskipun ditolak muktamar, Nik Aziz

KUALA LUMPUR, 26 Julai — Usaha Umno untuk menjalinkan perpaduan bersama PAS tidak akan dihentikan meskipun mendapat tentangan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ketua Penerangannya Datuk Ahmad Maslan berkata ini kerana Umno yakin masih terdapat kumpulan tertentu dalam PAS yang menyokong usaha berkenaan.

“Nik Abdul Aziz boleh cakap apa saja tapi dalam PAS itu ada juga kumpulan-kumpulan tertentu. Sebagaimana orang maklum, PAS ini bukannya semua berkisar pada Nik Abdul Aziz saja,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar Pengurus Felda 2010 di Dewan Perdana Felda, di sini hari ini.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata PAS tidak bergantung kepada kepimpinan Nik Abdul Aziz semata-mata kerana masih ada pemimpin lain termasuk presiden, timbalan presiden dan jawatankuasa tertinggi parti.

“...tentunya mereka mempunyai pandangan tertentu yang saya kira mungkin menyokong cadangan kita,” katanya ketika mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz yang sekali lagi menolak cadangan tersebut.

Malah Menteri Besar Kelantan itu juga dilapor berkata sekiranya perlu kepada perbincangan hanya beliau sahaja akan mewakili PAS.

Ahmad berkata pemimpin utama Umno sentiasa positif mengenai tujuan usaha itu kerana mereka meletakkan kebajikan umat Islam sebagai keutamaan.

Beliau bagaimanapun bersetuju dengan kenyataan Nik Abdul Aziz bahawa tidak perlu orang tengah dan sebarang syarat sekiranya pertemuan tersebut diadakan

“Daripada segi perjumpaan memang saya kira tak perlu ada syarat dan tak perlu ada orang tengah. Kalau perjumpaan antara pucuk pimpinan itu tak perlu kepada keduanya. Nak bincang apa sekalipun terpulanglah,” katanya.

Bernama

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails