Saturday, July 24, 2010

200 Orang saja? Nak Rampas Selangor macam mana ni?

Dan Ezam yang diwar-warkan oleh beberapa pihak akan dinobatkan sebagai MB Selangor jika UMNO/BN berjaya merampas kembali Selangor dari Pakatan Rakyat dikatakan menyampaikan ucapan hanya berlegar mengenai Anwar saja.. macam biasalah.. dia ni mana ada isu, bagi dia Politik dia hanya berkisar tentang Anwar sahaja..


Umno lancar kempen tawan Selangor, Anwar turut dikecam
Oleh Adib Zalkapli



SHAH ALAM, 24 Julai - Umno Selangor memulakan kempennya secara rasmi malam tadi untuk merampas semula negeri itu daripada Pakatan Rakyat dengan mengadakan perhimpunan awam di Shah Alam, kawasan yang majoritinya pengundi Melayu.

Perhimpunan awal ini menarik kehadiran sekitar 200 penyokong dan penduduk tempatan.

Ia sebahagian daripada kempen Umno-BN untuk mendedahkan dakwaan penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dalam industri perlombongan pasir di Selangor dan kegagalan kerajaan Pakatan Rakyat untuk menunaikan janji-janji pilihan raya.

Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar merupakan penceramah utama malam tadi, mendakwa Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), anak syarikat milik kerajaan yang bertanggungjawab untuk menguruskan aktiviti perlombongan di negeri itu, telah disalahgunakan untuk membiayai jentera pilihan raya Pakatan Rakyat.

“Mereka telah mula untuk mengumpul dana sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum akan datang.” kata Noh kepada penyokong-penyokongnya.

“Saya pasti bahawa kroni mereka akan memainkan peranan dalam kempen pilihan raya,” katanya.

Barisan Nasional kehilangan kuasa kerajaan negeri pada pilihan raya umum 2008.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani mendakwa beberapa syarikat perlombongan pasir telah diberikan layanan istimewa oleh Kumpulan Semesta, antara diskaun besar dan kemudahan kredit yang membolehkan mereka melombong tanpa membuat bayaran deposit.

Kerajaan negeri telah menafikan wujudnya penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan memandangkan permit perlombongan pasir hanya boleh diperoleh menerusi tender terbuka, yang membawa kepada kutipan royalti.

Data kerajaan negeri menunjukkan royalti dan keuntungan sebelum cukai yang diperoleh kerajaan negeri dan Kumpulan Semesta telah meningkat 86.1 peratus atau RM8.17 juta pada 2008 berbanding RM4.38 juta pada 2007.

Pakatan Rakyat menerajui kerajaan negeri Selangor sejak Mac 2008.

Ia terus meningkat kepada RM13.76 juta atau naik 213 peratus tahun lalu dan ia mengumpul RM15.3 juta sepanjang enam bulan pertama tahun ini.

Dalam pada itu, Senator Ezam Mohd Nor pula dalam ceramahnya memberi amaran kepada penyokong parti tentang bahaya Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mengawal pentadbiran negeri itu.

“Isu sekarang menjangkaui soal pasir di Selangor, ini berkaitan dengan maruah kita,” kata bekas ketua sayap pemuda PKR yang menyertai Umno pertengahan 2008.

“Jika kita masih ada maruah lagi, kita tidak harus membenarkan orang ini (Anwar) daripada melangkah ke Selangor. Tetapi, sekarang beliau bukan sahaja berada di sini, beliau juga penasihat ekonomi kepada Selangor dan boleh ke mana-mana pejabat kerajaan negeri,” kata Ezam dengan mendakwa Anwar adalah boneka Amerika Syarikat.

Ezam merupakan bekas setiausaha politik Anwar.

Kelmarin Noh berkata Umno Selangor akan menganjurkan 19 program ceramah sempena program jelajah Gelombang Selamatkan Selangor Darul Ehsan (SSDE) sehingga 8 Ogos ini.

Kata Noh lagi, program ceramah itu merangkumi 19 bahagian Umno di negeri itu yang bermula dengan bahagian Shah Alam.

Noh berkata program SSDE fasa satu itu akan memberikan gambaran lebih jelas kepada rakyat Selangor mengenai isu-isu kontroversi termasuk membabitkan dakwaan penyelewengan anggota pentadbiran, tadbir urus anak syarikat yang buruk dan isu peribadi serta moral pemimpin kerajaan Pakatan Rakyat.


The Malaysian Insider

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails