kah.. kah.. kah.. apa nak jadi entahlah..
Zunar dan 'Anak Sungai Derhaka'
KDN larang tiga bahan tulisan kartunis Zunar
June 24, 2010
KUALA LUMPUR, 24 Jun – Kementerian Dalam Negeri telah mengenakan Perintah Larangan terhadap sebuah buku dan dua komik sindiran politik tulisan kartunis kontroversi, Zulkifli Anwar Ulhaque atau dikenali sebagai Zunar, mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
Ketua Setiausaha kementerian itu Datuk Seri Mahmood Adam berkata buku bertajuk “Perak Darul Kartun” dan dua komik berjudul “Isu Dalam Kartun” dan “1Funny Malaysia” dikenakan perintah larangan kerana ia tidak sesuai untuk bacaan umum.
“Ketiga-tiga bahan penerbitan itu dikenakan Perintah Larangan kerana mengandungi bahan yang boleh mempengaruhi pemikiran rakyat untuk menentang kepimpinan dan dasar kerajaan.
“Ia tidak sesuai untuk bacaan umum dan sekiranya dibiarkan, ia boleh memudaratkan ketenteraman awam,” katanya.
Justeru, mereka yang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau memiliki bahan penerbitan dilarang, jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.
Bernama
