Wednesday, June 2, 2010

Tuduhan Liwat : Lawatan kedua ke kondominium, esok

Misteri semalam...

Semalam mereka gagal melawat unit kondominium itu apabila pihak polis dikatakan membawa kunci yang salah.

Polis telah diberitahu oleh pihak pendakwa yang pihak Anwar ingin melawat 11-5-2 tetapi mereka sebaliknya memberikan kunci untuk 11-5-1..

Bagaimanakah kunci yang diberikan boleh salah? Kenapakah pihak Polis memberikan kunci yang salah..? Misteri lagi ni..

Liwat II: Lawatan kedua ke kondominium, esok

Ketua Pembangkang, datuk Seri Anwar Ibrahim dan pasukan peguam belanya dijangka melawat kondominium di Damansara buat kali kedua sebelum perbicaraan bersambung, esok.

Apartmen, Unit 11-5-2 di kondominium Dammansara terletak bersebelahan dengan Unit 11-5-1, di mana pengadu kes berkenaan Mohd Saiful Bukhari Azlan mendakwa lokasi dia diliwat oleh Anwar.

Peguamnya sebelum ini berhujah bahawa Anwar dan tetamunya bermesyuarat di Unit 11-5-2, bersebelahan unit yang Saiful dakwa dia diajak mengadakan hubungan seks selepas menghantar dokumen kepada bekas ketuanya itu.

Semalam, peguamnya gagal melawat unit kondominium itu apabila pihak polis dikatakan membawa kunci yang salah.

Kedua-dua Unit 11-5-2 dan Unit 11-5-1 dimiliki oleh seseorang yang dikenali sebagai Hasanuddin, yang dikatakan adalah sahabat akrab Anwar. Unit 11-5-2 kini dihuni oleh Hasanuddin tetapi beliau sekarang menghabiskan masa dengan keluarganya di luar Kuala Lumpur.

"Kami telah memberitahu polis dan pihak pendakwa yang kami ingin melawat 11-5-2 tetapi mereka sebaliknya memberikan kunci untuk 11-5-1," kata peguam Anwar, Sankara Nair semalam.

"Justeru, kami tidak dapat melawat unit berkenaan. Ini penting bagi menimbulkan alibi,” katanya.

Pihak pembela dijangka mengemukakan pakar dari Australia yang dijadualkan tiba pada jam 7 pagi, esok.

Menurut peguam utamanya, Karpal Singh, pakar forensik, Dr David Wells diperlukan bagi meneliti pengakuan yang dibuat oleh tiga doktor dari Hospital Kuala Lumpur.

Wells adalah profesor madya di Jabatan Kriminologi di Universiti Melbourne dan juga ketua perubatan forensik di Victorian Institute of Forensic Medicine, Australia.


Malaysiakini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails