Saturday, June 19, 2010

Tanpa seurat benang aku dilahirkan, tanpa seurat benang jua aku akan kembali - Chua Jui Meng

“Maknanya kehilangan tiga pingat bukanlah satu pengorbanan besar seperti pepatah yang berbunyi 'tanpa seurat benang aku dilahirkan, tanpa seurat benang jua aku akan kembali,” kata Chua pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Chua: Umno-BN akan dilayangkan kad merah

Kehilangan tiga darjah kebesaran negeri Johor yang ditarik balik oleh Sultan Johor bukannya satu pengorbanan besar dalam perjuangan menuntut perubahaan demi memastikan Malaysia yang adil untuk semua, kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Datuk Dr Chua Jui Meng.

“Ramai daripada rakan seperjuangan saya telah membuktikan keteguhan menuntut perubahaan sehingga terpaksa merengkok dalam penjara.

“Maknanya kehilangan tiga pingat bukanlah satu pengorbanan besar seperti pepatah yang berbunyi 'tanpa seurat benang aku dilahirkan, tanpa seurat benang jua aku akan kembali,” kata Chua pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Justeru, katanya dia sebenarnya amat bertuah.

“Saya yakin Umno pastinya kesal dengan tindakan mereka untuk menggangu saya. Sebaik sahaja pengumuman penarikkan tersebut, sokongan rakyat terhadap saya datang mencurah-curah terhadap saya dan Keadilan.”

Muflis idea

Sokongan itu menurut Chua membuktikan bahawa rakyat juga menolak politik kebencian yang selama ini menjadi sebahagian daripada kerajaan Umno.

“Mereka (rakyat) juga menzahirkan hasrat untuk menumbangkan kerajaan Umno-BN yang terbukti muflis idea untuk memacu negara ini ke hadapan,” katanya.

Sehubungan itu, kata Chua, beliau akan memulang ketiga-tiga pingat yang dikurniakan oleh Almarhum Sultan Iskandar.

Ketiga-tiga pingat tersebut adalah Dato' Paduka Mahkota Johor, Seri Paduka Mahkota Johor dan Pingat Sultan Ismail.

Katanya, surat rasmi mengesahkah bahawa darjah kebesarannya itu ditarik balik diterimanya pada 15 Jun lalu dan tiada alasan berhubung penarikan berkenaan diberikan.

"Saya dengan berlapang dada akan menghantar balik (pingat itu) kepada istana," katanya.

Chua berkata tindakan berkenaan haanya memperkukuhkan iltizamnya untuk bersama Pakatan Rakyat dan berjuang untuk memastikan negara terus maju dan diselamatkan daripada gejala rasuah yang berleluasa sekarang ini.

“Sepertimana dalam permainan bolasepak, rakyat tahu siapa di antara pemain yang bermain secara jujur atau tidak. Manakala pada tahun 2008, rakyat melayangkan kad kuning, saya pasti pada tahun 2012, rakyat akan melayangkan kad merah kepada Umno-BN,” katanya.

Masih bergelar 'Datuk'

Chua yang juga bekas menteri kesihatan pada awal bulan ini dihubungi setiausaha Istana Johor, Datuk Rahim Ramli supaya memulangkah semua darjah kebesaran negeri itu.

Beliau yang juga bekas ahli parlimen Bakri selama empat penggal merupakan naib presiden MCA sebelum meninggalkan parti itu pada 2008 apabila gagal merebut jawatan presiden. Beliau mengganggotai PKR pada 2009.

Chua bagaimanapun masih mengekalkan gelaran Datuk memandangkan beliau menerima dua lagi darjah kebesaran daripada Pahang dan Selangor, masing-masing pada tahun 2002 dan 2003 yang membawa gelaran tersebut.


Malaysiakini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails