Saturday, June 26, 2010

"Saya Mahu elak di LIWAT"

Pagi tadi selepas sarapan aku membelek-belek Harian Metro keluaran semalam Jumaat, 25 June 2010, terbaca aku satu berita yang agak menarik.

Berita mengenai seorang penghantar gas yang didakwa membunuh tukang urut di Mahkamah Tinggi di Georgetown, dimana ketika membela diri terduduh berkata dia tidak berniat membunuh mangsa, sebaliknya hanya mahu mencederakannya bagi melemahkannya ketika berlaku pergelutan antara mereka.

"Saya hanya berniat untuk mencederakannya bagi mengelak daripada diliwat," kata Mohd Hairi Sabdin, 27, didakwa membunuh warga emas, Abdul Rahman Hussain, 69, di Kampung Makam, Jalan Datuk Keramat, lima tahun lalu.

Menarik kerana berita ini memaparkan demi mempertahankan dirinya dari diliwat ataupun mempertahankan maruahnya si penghantar gas yang berusia 27 tahun sanggup melawan hingga menyebabkan menyebabkan tukang urut yang berusia 69 tahun itu terbunuh…


Sekadar gambar hiasan

Kes ini hampir menyamai kes tuduhan liwat yang dikenakan keatas DS Anwar Ibrahim dimana DS Anwar Ibrahim 63 yang juga Ketua Pembangkang dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat dituduh meliwat bekas pembancuh tehnya Mohd Saiful, 25, di sebuah apartmen di Bukit Damansara pada 26 Jun 2008.

Yang berbeza cuma Mohd Hairi Sabdin, 27 menentang Tukang Urut yang berusia 69 tahun itu sehingga orang tua itu terbunuh manakala dalam kes DS Anwar Ibrahim pula yang mengatakan kononnya dirinya diliwat itu mengaku tidak rela diperlakukan sebegitu tetapi telah menurut arahan DS Anwar Ibrahim untuk masuk kebilik tidur utama membersihkan dirinya di bilik air sebagai persediaan untuk diliwat.

Hairan ya… kedua-dua mereka tidak mahu diliwat, tetapi reaksi mereka amat berbeza dalam menzahirkan bantahan mereka…

Berita Berkaitan..


'Saya mahu elak diliwat'

Harian Metro - Jun 25, 2010

GEORGETOWN: "Saya hanya berniat untuk mencederakannya bagi mengelak daripada diliwat," kata penghantar tong gas yang didakwa membunuh tukang urut di Mahkamah Tinggi, di sini, semalam.

Tertuduh, Mohd Hairi Sabdin, 27, didakwa membunuh warga emas, Abdul Rahman Hussain, 69, di Kampung Makam, Jalan Datuk Keramat, lima tahun lalu.

Ketika membela diri, tertuduh berkata, dia tidak berniat membunuh mangsa, sebaliknya hanya mahu mencederakannya bagi melemahkannya ketika berlaku pergelutan antara mereka.

Menurutnya, pergelutan berlaku selepas mangsa cuba meliwatnya ketika mengurut pada malam kejadian, selain bertindak agresif termasuk mencekiknya hingga menyukarkannya bernafas ketika bergelut di rumah mangsa selepas dihalang keluar dari rumah.

"Saya hanya berniat mencederakannya, bukan membunuhnya.

"Ketika itu, saya menganggap dia akan lemah untuk melawan jika dicederakan dan tidak menyangka perbuatan itu menyebabkan kematiannya," katanya ketika menjawab soalan peguam belanya, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah, semalam.

Tertuduh berkata, dia tidak mempunyai sasaran untuk menyerang anggota badan mangsa dan hanya dapat mencucuk leher mangsa dengan gunting yang digunakan mangsa dan ketika itu, dia hanya memeluk mangsa sambil melutut.

Sementara itu, ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya, Azhar Mokhtar, tertuduh mengakui tenaganya lebih kuat berbanding mangsa berdasarkan kekuatan fizikal dan usianya yang hanya 22 tahun ketika kejadian.

Hakim Datuk Abd Halim Aman menetapkan hari ini bagi penggulungan hujah pendakwaan dan pembelaan.

Berdasarkan pertuduhan, Mohd Hairi didakwa membunuh Abdul Rahman di sebuah rumah di Kampung Makam, Jalan Datuk Keramat pada 25 September 2005 dan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Itu adalah berita semalam, Manakala hari ini pula Harian Metro telah melaporkan. Hakim Datuk Abd Halim Aman membebaskan Mohd Hairi Sabdin, 29, daripada tuduhan membunuh Abdul Rahman Hussain di sebuah rumah di Kampung Makam, Jalan Datuk Keramat pada 25 September 2003 selepas mendapati pihak pembelaan berjaya membuktikan tertuduh bertindak demikian bagi mempertahankan diri.Seterusnya sila baca di SINI

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails