Wednesday, June 2, 2010

PM letak jawatan!

Dinegara orang lain bila dah merasakan diri tu dah tak popular.. PM mereka sanggup melepaskan jawatan.. tapi di negara kita ni biarpun tak popular selagi harta tidak menggunung jangan haraplah nak letak jawatan..



Hatoyama diberi tepukan selepas mengumumkan perletakan jawatannya.
Gambar Reuters

PM Jepun Hatoyama letak jawatan, timbalan parti undur

TOKYO, 2 Jun — Perdana Menteri Jepun yang tidak popular Yukio Hatoyama hari ini mengumumkan beliau akan meletakkan jawatan ketika partinya sedang bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya dewan tertinggi Parlimen bulan depan.

Selain beliau, Ichiro Ozawa juga akan melepaskan jawatan nombor dua partinya.

Tekanan ke atas Parti Demokratik Jepun pimpinan Hatoyama meningkat hanya selepas lapan bulan dipilih sebagai perdana menteri setelah memenangi pilihan raya umum.

Mereka memutuskan demikian di sebalik isu Marin Amerika Syarikat.

Pilihan raya umum dewan tertinggi Parlimen dijangka berlangsung 11 Julai.


Reuters

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails