Monday, June 28, 2010

Pensyarah BERPOLITIK, tak salah pulak dah!

Lihatlah sikap HIPOKRIT kerajaan kita.. mereka sering menegaskan pelajar-pelajar ataupun pendidik tak kiralah samada Guru atau Pensyarah tidak dibenarkan menyertai mana-mana Parti Politik..

Malah beberapa orang pelajar telah dikenakan tindakan kerana membantu Jentera Pakatan Rakyat berkempen di PRK Hulu Selangor yang lalu..

Dan ada juga khabar angin yang mengatakan di Pulau Pinang sendiri tidak kurang dari 30 orang Guru telah diberitahu akan dipindahkan kerana terlibat dengan Pakatan Rakyat.. samada secara langsung atau tidak langsung.

Tetapi apabila seorang Pensyarah secara terang-terang menyertai UMNO mereka membiarkan dengan tiada tindakan diambil malahan meraikan Pensyarah tersebut.

Adakah ia dilepaskan oleh kerana menyertai parti politik kerajaan? Ataupun dia dilepaskan kerana dia adalah seorang pensyarah, dan bukan pelajar?"

Bagaimana jika Pensyarah tersebut menyertai Pakatan Rakyat? Adakah beliau akan dilepaskan begitu saja?

UMNO/BN memang HIPOKRIT!!

*****************************************************************

Berpolitik: Gamis mahu pensyarah diambil tindakan

KUALA LUMPUR, : Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) mahu pihak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengambil tindakan tatatertib kepada seorang pensyarah universiti itu yang menyertai Umno Jumaat lalu.

Presidennya, Mohd Idris Mohd Yusoff dalam satu kenyataan berkata, UKM perlu adil dan konsisten apabila sebelum ini turut mengambil tindakan tatertib terhadap empat pelajar Sains Politik yang terlibat dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) Hulu Selangor lalu kerana di dakwa melanggar Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

"Gamis mendesak pihak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menyatakan pendirian kepada seorang pensyarahnya Fadlan Mohd Othman yang secara jelas dan terang menyatakan kepada umum menyertai parti Umno," katanya.

Empat pelajar UKM yang dikenakan tindakan tatatertib sebelum ini ialah Muhammad Hilman Idham, Woon King Chai, Muhammad Ismail Aminuddin, dan Azlin Shafina Mohamad Adza.

Mereka kini berjaya mendapat perintah injunksi sementara dari Mahkamah Tinggi bagi menghalang UKM daripada meneruskan prosiding tatatertib terhadap mereka.

"Bagaimana pula dengan seorang pensyarah yang terlibat dengan parti politik? Adakah ia dilepaskan oleh kerana menyertai parti politik kerajaan? Ataupun dia dilepaskan kerana dia adalah seorang pensyarah, dan bukan pelajar?" soalnya lagi.

Jumaat lalu, pensyarah UKM, Fadlan Mohd Othman bersama 39 orang lagi yang didakwa berlatarbelakang agama dilaporkan telah menyertai Umno.

Laporan sebelum itu mendakwa 100 orang ulama akan menyertai Umno termasuk bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Dr Asri bagaimanapun semalam menafikan penyertaannya ke dalam Umno seperti yang dispekulasikan banyak pihak sejak awal minggu lalu.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails