Thursday, June 10, 2010

Patutlah Bung Mokhtar marah-marah semalam..... (Video Inside)

Video Bung marah ada dibawah..

Patutlah petang semalam di tempat rehat Dewan Rakyat Bung marah-marah... rupa-rupanya masaalah peribadinya masih belum selesai.. kisah semalam sila baca di SINI

Masaalah peribadi Bung ialah Mahkamah masih belum membuat keputusan pengesahan pernikahannya dengan Zizie, macam mana dia tak cepat panas hati.. benda dah ada depan mata tapi tak sah untuk digunakan.. kah.. kah.. kah..

Lain kali Bung... masaalah rumahtangga tu janganlah dibawa sampai ke Parlimen tinggallah di rumah, di Parlimen tu tempat membahaskan isu mengenai permasaalahan rakyat bukan tempat melepaskan kemarahan pasal tak boleh nak guna benda yang tak disahkan oleh mahkamah lagi tu..


Keputusan kes mohon sah nikah Bung Moktar ditangguh

KUALA LUMPUR, 10 Jun — Keputusan kes pengesahan dan pernikahan antara Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin dan isterinya Zizie Izette Abdul Samad yang sepatutnya diketahui hari ini ditangguhkan ke tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Menurut peguam syarie yang mewakili pasangan tersebut, Zulkifli Che Yong, permohonan untuk menangguhkan keputusan itu dibuat lewat petang semalam.

“Petang semalam kita telah memohon supaya keputusan kes ini ditangguhkan atas sebab-sebab tertentu.

“Tarikh baru kita tidak tahu lagi dan ia akan ditetapkan kemudian,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Permohonan penangguhan keputusan itu dibuat di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.

The Malaysian Insider difahamkan pasangan itu memfailkan permohonan bagi mendapatkan pengesahan dan pendaftaran pernikahan pada 4 Jun lalu.

Dalam permohonan itu, pasangan berkenaan juga memohon pernikahan tersebut diterima dan didaftarkan oleh Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Wilayah Persekutuan selari dengan Seksyen 12(2) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Mereka bernikah pada 16 Dis lalu di sebuah bumah banglo di Hulu Klang, Selangor.

Pada 19 Mei lalu, Mahkamah Syariah menjatuhkan hukuman penjara selama sebulan atas kesalahan poligami tanpa kebenaran ke atas Bung Moktar yang juga Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BBCBN).



Berita dari The Malaysian Insider
Videoclip dari Malaysiakini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails