Monday, June 21, 2010

Parlimen Batu : Hakim Tak Mahu Pilihanraya Kecil la...

“Orang ramai boleh memberikan pandangan mereka tentang tafsiran undang-undang. Mereka berhak untuk memberi pandangan mereka (tetapi) niat beliau tidak mahu diadakan pilihan raya kecil,” kata Hakim Mahkamah Tinggi Ghazali Cha.

Peguam: hakim kekal denda RM2,000

June 21, 2010KUALA LUMPUR, 21 Jun — Hakim Mahkamah Tinggi Ghazali Cha yang mendengar rayuan Ahli Parlimen Batu Tian Chua mengekalkan denda RM2,000 yang dijatuhkan Khamis lalu sambil menegaskan, beliau tidak mahu pilihan raya kecil di kerusi tersebut.
Ghazali memutuskan demikian pada pertemuan dengan Tian Chua dan peguamnya sebentar tadi.

Pendakwa raya juga hadir bersama pada pertemuan itu.

“Tidak ada perubahan,” kata peguam Tian Chua Ranjit Singh selepas muncul dari kamar hakim.

Ranjit berkata keputusan hakim kini di peringkat ‘functus officio’ bermakna tandatangan sudah diturunkan dengan keputusan sudah dimeterai.

“(Oleh itu) kami menganggap Tian Chua tidak hilang kelayakan. Jika mana-mana pihak mempunyai pandangan yang berbeza, mereka boleh membawanya ke mahkamah,” tambah Ranjit.

“Tiada siapa yang mencabar komen beliau (hakim) setakat ini,” kata Chua.

“Orang ramai boleh memberikan pandangan mereka tentang tafsiran undang-undang. Mereka berhak untuk memberi pandangan mereka (tetapi) niat beliau tidak mahu diadakan pilihan raya kecil,” kata beliau.

Kedua-dua timbalan pendakwa raya, Hanafiah Zakaria dan Ishak Mohd Yusoff minggu lalu dilaporkan berkata Chua bukan lagi wakil rakyat yang sah.

Bagaimanapun mereka meninggalkan kawasan mahkamah dengan tergesa-gesa tanpa mengulas perkembangan hari ini.

Pelbagai pandangan dibuat mengenai status pemimpin itu termasuk Pengerusi DAP Karpal Singh berpendapat kerusi Batu sudahpun kosong dengan denda RM2,000.

Di bawah Artikel 48 (1)(e) Perlembagaan, seorang ahli Parlimen hilang kelayakan jika dikenakan hukuman penjara bagi tempoh tidak kurang setahun atau denda tidak kurang RM2,000, dan tidak mendapat pengampunan.

Perkara 53 Perlembagaan Persekutuan bahawa pejabat Speaker Dewan Rakyat yang mempunyai kuasa bagi menentukan status sesebuah kerusi parlimen berkenaan. Perkara 53 (1) menyebut “jika berbangkit apa-apa persoalan sama ada seorang ahli Majlis Parlimen telah hilang kelayakan, soal itu hendaklah diputuskan oleh Majlis Parlimen dan keputusan itu adalah muktamad”.

Pakatan Rakyat juga sudah menyatakan kesediaan untuk menghadapi pilihan raya kecil jika diadakan.

Bagaimanapun sama ada perlu diadakan pilihan raya kecil atau sebaliknya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyerahkan kepada Dewan Rakyat untuk menetapkan status kerusi tersebut.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz berkata, Parlimen tidak perlu memutuskan sama ada Chua hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen berikutan denda RM2,000 yang dikenakan ke atasnya oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Nazri berkata, semua pihak perlu berpegang kepada keputusan hakim bahawa keputusannya mengurangkan hukuman enam bulan penjara dan denda RM3,000 kepada denda RM2,000 atau tiga bulan penjara adalah bagi mengelak berlakunya pilihan raya kecil.

Nazri, juga seorang peguam, beranggapan status Chua tidak perlu dipertikaikan.

Ghazali ketika mendengar rayuan Chua mengetepikan hukuman penjara enam bulan dan denda RM3,000 yang dijatuhkan Mahkamah Majistret pada Oktober lalu dan digantikan dengan denda RM2,000 atau tiga bulan penjara.

Hakim berkata Chua mungkin hilang kelayakan sebagai wakil rakyat jika hukuman terdahulu dilaksanakan dan satu pilihan raya kecil perlu diadakan.

Seseorang yang hendak membuat rayuan berhubung aspek berkenaan mesti memperoleh kebenaran daripada Mahkamah Rayuan dalam tempoh 14 hari.

Ketika dihubungi lewat malam tadi peguam Chua, Amer Hamzah Arshad memberitahu The Malaysian Insider bahawa mereka akan membangkitkan kes Leong Yin Ming di mana Hakim Tan Sri Gunn Chit Tuan pada 1993 merumuskan soal “tidak kurang daripada” bermakna “lebih” dalam menjatuhkan hukuman.


The Malaysian Insider

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails