Monday, June 7, 2010

Najib yang HIPOKRIT!

Boleh jadi beliau bercakap setelah mendapat kebenaran dari APOCO, selepas Regime Zionist melakukan serangan beliau memerlukan masa hampir 24 jam untuk mengeluarkan kenyataan..

Kejadian Mavi Marmara Satu Kemenangan Moral Kepada Negara Dan Rakyat - Najib

Datuk Seri Najib Tun Razak menganggap kejadian sukarelawan Malaysia ditahan tentera Israel semasa membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza sebagai satu kemenangan moral yang besar kepada negara dan rakyat keseluruhannya.

Perdana Menteri berkata insiden itu telah mencetuskan satu kesedaran di dunia hari ini mengenai kekejaman rejim Israel sehinggakan dikutuk habis-habisan oleh negara-negara lain termasuk Amerika Syarikat.

"Tentu sekali apa yang dilalui mereka (sukarelawan) bukan saja menyayat hati tetapi akan membuka mata rakyat Malaysia dan dunia terhadap kekejaman rejim Zionis terhadap rakyat Palestin yang selama ini kita baca dan kita tengok melalui kaca televisyen.

"Lepas peristiwa ini, sekurang-kurangnya 12 rakyat Malaysia ini, merupakan kumpulan yang boleh menyatakan melalui pengalaman mereka sendiri betapa zalimnya dan tanpa sebarang perasaan perikemanusiaan ataupun belas kasihan antara manusia sesama manusia sanggup melakukan perbuatan yang boleh kita sifatkan sebagai perbuatan keganasan sebenarnya.

"Apabila sejarah ini ditulis nanti tentu sekali sukarelawan ini dan kumpulan lain serta kerajaan Malaysia dan rakyat Malaysia akan dapat dikatakan sebagai sebahagian daripada dunia yang telah menggerakkan "consciousness of the world" untuk memperjuangkan sesuatu yang tidak adil sama sekali selama ini," katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap pada majlis meraikan kepulangan 12 rakyat Malaysia termasuk dua wakil media yang sebelum ini ditahan Israel selepas kapal 'Mavi Marmara' yang dinaiki mereka untuk menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza ditawan tentera rejim Zionis itu, di kediamannya di sini pada Ahad.

Dalam insiden Isnin lepas, kapal milik Turki, Mavi Marmara yang membawa sukarelawan serta bantuan seperti perubatan, diserang tentera Israel menyebabkan sembilan sukarelawan terbunuh.

Turut hadir pada majlis itu ialah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan.

Sambil menyifatkan 12 sukarelawan itu sebagai wira negara, Najib berkata beliau sangat bersyukur mereka telah selamat kembali ke tanah air.

"Kita berasa lega hari ini dan saya menanti-nantikan sangat kedatangan sukarelawan kita. Terima kasih kepada Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman atas kejayaan misi membawa balik sukarelawan kita dan terima kasih kepada kerajaan Jordan dan pihak-pihak lain yang membantu sukarelawan-sukarelawan kita," katanya.

Najib berkata kerajaan akan membantu dengan apa cara sekalipun dan tidak akan lari daripada apa yang boleh disumbangkan supaya perjuangan untuk menegakkan kebebasan, keadilan dan hak asasi manusia tercapai.

"Sebab itulah kita akan ambil tindakan melalui usul yang kita akan bawa pada pagi esok, di Parlimen (Dewan Rakyat) dan saya telah menyatakan bahawa saya tidak mahu kita terhenti dengan usul di Parlimen yang mengutuk regim Zionis itu sahaja.

"Tetapi kita hendak tindakan susulan dalam apa jua bentuk supaya kerajaan Israel sedar bahawa apa yang mereka lakukan itu tidak boleh diterima oleh dunia atas prinsip kemanusiaan dan atas prinsip menghormati undang-undang antarabangsa," katanya.

Perjuangan untuk membantu rakyat Palestin akan diteruskan biarpun berapa lama supaya rakyat negara itu akan hidup dalam keadaan aman dan bebas sebagai rakyat dalam sebuah negara yang berdaulat pada satu hari nanti, katanya.

Najib berkata kerajaan Israel sepatutnya bukan sahaja meminta maaf tetapi membayar ganti rugi kepada pihak yang menjadi mangsa terhadap keganasan mereka termasuk sembilan orang yang terbunuh pada insiden Isnin lepas.

Perdana Menteri berkata serangan oleh tentera Israel itu jelas merupakan tindakan pencerobohan dan keganasan dan contoh sebenar "bentuk keganasan' yang dilakukan oleh rejim Israel.

"Lebih-lebih lagi kumpulan dalam kapal ini (Mavi Marmara) tidak membawa sebarang senjata tetapi telah diserang dengan cara yang tidak ada rasa kemanusiaan sama sekali dengan menembak menggunakan senjata dari jarak dekat.

"Ini ialah satu pembunuhan kejam yang dilakukan pasukan komando yang telah diarahkan oleh rejim Tel Aviv itu," katanya.

Pada majlis itu, Ahmad turut mengumumkan sumbangan daripada badan-badan korporat sebanyak US$5,000 masing-masing kepada keluarga sembilan sukarelawan yang terbunuh dalam kejadian itu.

BERNAMA

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails