Wednesday, June 30, 2010

Muzakarah Natrah: Perpecahan penganut Islam masalah besar PRU-13

Agak menghairankan.. ketika UMNO dan Barisan Nasional memiliki majoriti 2/3 di Parlimen kita tigdak pernah mendengar perkataan berlaku Perpecahan penganut Islam atau Melayu Berpecah..

Setelah UMNO/BN tidak lagi mempunyai majoriti 2/3 Melayu atau Umat Islam dikatakan berpecah..


Muzakarah Natrah: Perpecahan penganut Islam masalah besar PRU-13

Oleh G. Manimaran
June 29, 2010

KUALA LUMPUR, 29 Jun — Muzakarah pakar yang menghalusi implikasi peristiwa rusuhan Natrah enam dekad lalu hari ini menggesa kesemua parti bercirikan Islam digabungkan untuk memastikan survival Islam dan tidak dipinggiri kuasa politik mereka.

Parti-parti yang disenaraikan ialah PAS, Umno, Parti Keadilan Rakyat dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu dari Sarawak.

Pandangan ini dikemukakan oleh penulis buku “Natrah: Cinta, Rusuhan, Air Mata” Datin Seri Fatini Yaacob yang membentangkan kertas kerja “Selepas 60 Tahun Kes Natrah; Di Mana Kita? - Perspektif Sosial” di sini hari ini.

Kata Fatini, selain persoalan undang-undang Islam kes Natrah juga membawa “kita memahami persoalan kuasa atau politik demi memastikan survival Islam.”

“Tidak akan terangkat Islam sekiranya kuasa hilang dari tangan kita,” katanya.

Fatini berkata penganut Islam dilihat lemah selepas pilihan raya umum ke-12 dan disusuli dengan provokasi bertubi-tubi mengenai umat Islam.

“Pilihan raya umum ke-12 telah mencabar kedudukan kuasa kita,” katanya.

Kata beliau, cabaran pilihan raya umum ke-13 akan lebih hebat kerana orang-orang bukan Islam mula mendapat idea melemahkan dan membuat percaturan politik sendiri dan “merbahaya terhadap pemilikan kuasa yang masih kita pegang.”

Bekas wartawan dan kini merupakan karyawan tamu Perpustakaan Sultanah Zanariah Universiti Teknologi Malaysia menambah, masalah paling besar dalam pilihan raya umum ke-13 adalah perpecahan penganut Islam.

“Orang-orang Melayu berpecag dari segi politik kepada tiga parti besar - Umno, PKR dan PAS.

“Sekiranya tidak ada strategi politik yang berpandangan jauh untuk survival Islam, kuasa politik bakal berpindah hak milik kepada pihak lain dan kedudukan Islam akan semakin teruk terpinggir,” katanya.

Pandangan Fatini ini kelihatan mirip kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Kuala Terengganu dua minggu lalu bahawa kuasa politik Melayu terhakis selepas Mac 2008 dengan berhadapan dengan risiko menjadi golongan minoriti sebagaimana disaksikan di negara jiran Singapura.

Fatini menambah bahawa kesedaran mesti diberikan kepada ahli-ahli parti beragama Islam bahawa survival Islam dalam politik telah menajdi tanggungjawab mereka dan haruslah sentiasa diberi keutamaan dan diperjuangkan.

“Tidak kira sama ada dalam parti Umno atau PAS dan elemen Islam dalam PKR dan PBB.

“Demi survival Islam, sesiapa atau elemen apa pun diambil kira untuk memastikan maksud tersebut,” katanya.

Fatini juga mengesyorkan agar membendung aliran fahaman yang memudarkan pegangan Islam seperti sekularisme, liberalisme dan pluralisme dengan memperkuatkan pegangan konsep ehsan dan memberikan fahaman strategi musuh-musuh Islam sejak awal pendidikan sehingga ke peringkat tinggi.

“Fahaman apa pun yang menyalahi Islam aka tertolak sendiri dengan jelasnya pegangan konsep ehsan dengan jelasnya kefahaman siapa musuh Islam,” katanya.

Beliau juga mahu kuasa muslihat dan budi bicara digunakan untuk mengangkat martabat undang-undang Islam sehingga ke tahap maksimum dalam keadaan kuasa politik di tangan kita.

“Muslihat dan budi bicara ini mesti dicari untuk dibentangkan di Parlimen tanpa melalui perbahasan dan tentangan dari golongan bukan Islam,” katanya.


The Malaysian Insider

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails