Friday, June 11, 2010

Muktamar PAS : Ehh!! Tamrin pun ada?

“Saya ahli Umno (lagi) tetapi saya praktikkan apa orang kata ‘orang berbudi, kita berbahasa’. Saya telah dijemput oleh PAS agar menghadiri, maka saya terima,” kata Thamrin

Hmm.. tak lama lagi kena pecat dari UMNO lah dia ni.. macam Dato Zaid Ibrahim kena hari tu..



Thamrin muncul di muktamar PAS, nafi keluar Umno

KOTA BARU, 11 Jun — Anak bekas timbalan perdana menteri, Mohd. Thamrin Ghafar sekali lagi muncul pada majlis Pakatan Rakyat - muktamar PAS di sini hari ini, tetapi menafikan yang beliau sudah menyertai komponen ikatan tersebut.

“Saya datang kerana dijemput... tapi saya masih ahli Umno,” kata Thamrin kepada The Malaysian Insider ketika ditemui selepas majlis perasmian Muktamar Tahunan PAS Pusat Ke-56 di sini hari ini.

“Saya ahli Umno (lagi) tetapi saya praktikkan apa orang kata ‘orang berbudi, kita berbahasa’. Saya telah dijemput oleh PAS agar menghadiri, maka saya terima,” kata Thamrin yang kelihatan dengan pakaian tradisi orang Melayu dan bersongkok.

Ketika ditanya sama ada ini tanda-tanda akan menyertai mana-mana parti komponen Pakatan Rakyat, Thamrin ahli Umno Bahagian Alor Gajah berkata: “Saya akan ulas apabila tiba masa menyeberang jambatan (nanti).”

“Isu itu tidak timbul,” kata beliau lagi.

Sambil mengakui menghadiri majlis kempen Parti Keadikan Rakyat di Hulu Selangor April lalu, Thamrin berkata, “Saya memang hadir di Hulu Selangor, saya nak faham politik mereka... itu sahaja.”

“Saya masih ahli Umno, tetapi terpulang kepada Umno...,” katanya.

Thamrin juga berkata, beliau mempunyai pendirian yang sama dalam isu judi sukan yang diperjuangkan oleh PAS.

“Baru-baru ini saya menulis surat terbuka, yang dihantar kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom,” kata beliau sambil menambah surat itu dihantar 30 Mei lalu.

April lalu, akhbar PKR, Suara Keadilan memetik Thamrin berkata, beliau sendiri tidak bersetuju dengan banyak dasar yang dilaksanakan kerajaan Umno-BN, yang tidak memberi manfaat kepada rakyat dan negara.

“Saya dah mula sedar bahawa banyak isu yang saya sendiri tidak boleh terima tentang dasar Umno dan Barisan Nasional. Saya rasa sudah sampai masanya saya terpaksa mengubah sikap,” kata Thamrin yang juga adalah bekas Pengerusi Mara.

Thamrin dilaporkan menghadiri dua kempen pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor minggu lalu.

Thamrin tidak berceramah sebaliknya duduk di atas pentas bersama pemimpin gabungan pembangkang itu.

Bagaimanapun, kehadirannya dilihat cuba digunakan sepenuhnya oleh Pakatan Rakyat apabila Anwar sendiri memperkenal dan memuji kehadiran Thamrin bagi “bersama-sama” mereka dalam ucapannya.


The Malaysian Insider

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails