Monday, June 7, 2010

Muhyiddin menumpang Glamour 12 Aktivist.. (Video Inside)

Jawapan yang diberikan oleh Muhyiddin ketika ditanya oleh wartawan tentang status penghantaran bantuan kepada rakyat Palestin apabila Mavi Marvara dirampas Zionist ialah satu jawapan sambil lewa atau jawapan klise..

Jawapannya ialah “Kita kurang pastilah...Bila kapal-kapal sudah ditahan begitu, dah dirampas, memang saya tak fikir dia akan hantar barang-barang ke Gaza. Jadi, kita kurang pasti perkara itu akan dilakukan oleh Israel. Jadi, kemungkinan tidak sampai..."


Muhyiddin juga gagal untuk menyatakan pendirian Malaysia ketika Zionist menyerang dan membunuh 9 aktivist yang berada diatas kapal tersebut.

Malahan untuk mengutuk kezaliman regime Zionist ketika itu bagai satu kesalahan bagi dirinya..

Apatah lagi untuk turun kejalan menzahirkan bantahan terhadap kezaliman Regime Zionist bersama puluhan ribu rakyat atau bersama 200 Pemuda UMNO yang Hipokrit yang turut menyatakan bantahan terhadap kezaliman yang dilakukan Regime Zionist itu..

Tetapi dalam menyambut kepulangan aktivis yang dibebaskan oleh Regime Zionist itu, manusia yang paling menonjol selain dari aktivis yang selamat pulang itu ialah Muhyiddin..

Beliau cuba untuk menunjukkan keprihatinannya terhadap usaha yang dijalankan oleh aktivis itu walhal sebelum ini beliau tidak kisah..


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails