Monday, June 21, 2010

MCA tidak setaraf dengan UMNO! - pemimpin UMNO

Kalau MCA dikatakan tidak setaraf dengan UMNO, bagaimana pula dengan MIC? Pasti taraf MIC pasti jauh lebih rendah dari MCA sendiri..

Ada kasta rupanya didalam Barisan Nasional ni ya.. patutlah layanan yang diterima oleh komponen mereka berbeza.

Tapi dengar cerita ADUN Bebas pula mendapat layanan yang jauh lebih baik dari ADUN UMNO/BN sendiri.. serupa dengan peribahasa 'Anak Kera di hutan disusukan, anak sendiri dibiar mati kelaparan Projek!'


Pemimpin Umno: MCA tidak setaraf dengan Umno

Oleh Muda Mohd Noor

Pemimpin-pemimpin Umno hari ini mendakwa parti lain belum layak mendapat layanan sama dalam Barisan Nasional (BN) dan menolak cadangan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chai Soi Lek supaya parti dalam komponen itu dilayan sama.

Mereka berkata, status Umno sebagai parti utama BN perlu dikekalkan kerana kekuatan dan sokongan pengundi terhadap parti orang Melayu itu tidak boleh ditandingi oleh parti lain dalam komponen BN.

Ketua Pemuda Umno Selangor, Suhaimi Mohd Ghazali berkata, parti komponen lain tidak perlu lagi mempertikaikan Umno sebagai parti yang paling besar dan paling berpengaruh dalam BN.

"Umno sudah diterima orang Melayu dan rakyat Malaysia keseluruhannya sejak berpuluh tahun lalu,dan kerana itu tidak perlu dipertikaikan lagi.

"Bolehkah kita nak samakan Umno yang mempunyai ahli seramai dua juta dengan parti yang hanya 200,000 orang," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Presiden MCA, Datuk Dr Chua Soi Lek bahawa semua parti dalam BN mesti dilayan sama rata.

Semalam dalam satu majlis di Port Dickson, Dr Chua berkata, keputusan yang dibuat oleh sebuah parti dominan dalam BN mesti diterima oleh yang lain.

"Pemimpin BN mesti sedar lanskap politik negara telah berubah dan rakyat menjadi lebih sensitif mengenai hak-hak mereka.

"Mereka juga perlu menghormati antara satu sama lain dan memikirkan secara serius bahawa tiada parti dominan dalam BN," katanya.

Suhaimi yang juga Adun Dengkil dalam parlimen Sepang berkata, ketika ini MCA perlu menyelesaikan masalah dalamannya dan membuktikan parti itu menang dalam pilihanraya umum akan datang.

Ketua Umno Cheras, Datuk Syed Ali Alhasbsee pula cadangan presiden MCA itu tidak betul dan tidak kena pada masanya.

"Adakah MCA sama dengan Umno? Berapa ramai ahli MCA jika dibandingkan dengan Umno?," katanya.

Menurut Syed Ali, adalah tidak mungkin parti yang ahlinya 200,000 orang hendak duduk sama dengan parti seramai dua juta orang.

"Kalau MCA mahu sama rata, ahlinya mesti sama banyak dengan Umno, kerusi sama banyak dan wakil rakyat mesti juga sama ramai.

"MCA kerana bekerja lebih kuat lagi bagi memastikan kerusi yang ditandingi dalam pilihanraya menang sebelum bercakap mengenai kesaksamaan dalam BN," katanya.

Seorang pemimpin Umno dari Johor pula berkata, walaupun masing-masing ada kelebihan

Ahli jawatankuasa kerja (AJK) Umno bahagian Pagoh, Hisamuddin Suhaimee berkata, kekuatan antara parti komponen BN itu tidak sama antara satu sama lain.

"MCA dan MIC ketika ini tidak sama dengan Umno dalam semua segi. Jadi cadangan supaya parti dalam BN sama rata tidak boleh dilaksanakan," katanya


Free Malaysia Today

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails