Wednesday, June 16, 2010

Lagi 2 ADUN PR dijangka melompat.. Salah Siapa??

Artikel ini telah ditulis oleh Mat Saman Kati yang hari tu dah merajuk seketika.. err merajuk atau meradang aku tak berapa nak pasti.. (Sorry bro…tapi aku dah tolong sampaikan kat Amir)

MSK telah menulis..

Kelmarin dulu , Umno Perak mengadakan mesyuarat tergempar di Hotel Impiana (Casuarina) dan semua masalah ADUN-ADUN yang aku sebut dalam posting yang lalu telah diselesaikan.

Untuk menangkis kembali serangan psy-war yang dibuat oleh PKR, Umno Perak telah meningkatkan tawaran kepada 3 ADUN Pakatan untukmelompat menjadi ADUN Bebas. Hari ini, seorang sudah melompat dan dua lagi sedang menunggu masa.

Siapa mereka?

Sorang dari DAP dan seorang lagi dari PKR. Bukan Melayu dan bukan Cina. Siapa mereka..seorang dari Ipoh dan seorang lagi dari Hilir Perak. Aku tak mau sebut siapa mereka…tapi kalau PKR dan DAP tak mau jaga ADUN depa, tunggu saja masa mereka mengumumkannya.

Kalau MSK tak nak bagi tahu, siapa yang dijangka akan turut melompat taka pa.. aku tulis nama mereka dibawah..

1 ~ PKR Kesavan a/l Subramaniam Ahli DUN (Hutan Melintang, Hilir Perak)
2 ~ DAP A. Sivasubramaniam Ahli DUN (Buntong, Ipoh)


ADUN Lompat: Salah siapa?

Setiap kali ada ADUN atau ahli Parlimen yang melompat…setiap kali itu jugalah blog-blog riuh rendah. Paling banyak, mengutuk wakil-wakil rakyat yang melompat ini.

Tetapi setelah membaca komen Manjungmari “kalau dengar dari jawapan pimpinan parti, tak apa , biarlah.. ini pembersihan dalaman party, kalau sorang, sorang, sorang pakat lompat, bersih apa lagi…bersih sungguh la.”dan Pengasas “Salam MSK, Memang pembersihan ….?” dalam posting sebelum ini, aku rasa perlu juga aku tegur kepimpinan dalam Pakatan.

OK..salah seorang ADUn yang bakal melompat yang aku sebut dalam posting sebelum ini yang berasal dari Hulu Perak ialah Kesavan. Apakah hangpa nak marah dia kalau dia melompat?

Kalau semasa Jamal dan Osman melompat dulu, memang aku kutuk depa sebab aku tau apa yang berlaku. Tapi kalau Kesavan nak melompat, aku tak akan kutuk dia…sebab aku juga tau apa yang berlaku.

Sebaik saja menang dalam PRU 2008 dulu, Kesavan adalah orang yang paling awal dirapati oleh geng-geng Ezam dan Hamdan Taha. Kesavan pernah ditawarkan berjuta ringgit untuk melompat, tapi dia menolak.

Apabila Ezam and the gang gagal memujuk Kesavan, Ezam, Hamdan Taha dan SD Johari mengundur diri dan digantikan dengan geng Samy Vellu dan MIC. Geng Samy Vellu tidak menawarkan wang ringgit kepada Kesavan kerana mereka tau Kesavan tidak boleh dibeli. Sebaliknya mereka menggunakan gangster, mengugut dan mengancam Kesavan dan keluarganya. Sekali lagi Kesavan berjaya mempertahankan prinsip dan harga dirinya.

Apabila geng Samy Vellu gagal, mereka berundur dan digantikan dengan geng Nallakarupan. Nallakarupan menggunakan wang ringgit untuk mengalahkan Kesavan. Namun, Kesavan semakin berjaya di Hutan Melintang apabila semakin ramai yang datang membantunya..terutama dikalangan ahli-ahli perniagaan kaum India. Tetapi ini tidak lama kerana ahli perniaagaan India yang membantunya itu diugut dan diancam.

Siapa dikalangan pemimpin PKR yang peka dengan masaalah Kesavan ini? Tidak ada seorang pun yang datang membantu. Malah Kesavan sering mengadu kepada Nizar tentang masalahnya. Hutang kereta yang tertunggak. Ahli-ahli parti dan pengundi yang sering datang meminta bantuan kewangan…sedangkan dia sendiri dalam kesempitan. Siapa yang prihatin tentang masalah wakil rakyat ini? Dan sejak kebelakangan ini, aku tengok pakaian Kesavan sendiri dah teruk macam aku.

Kalau dulu aku kutuk mereka yang melompat ini, sekarang aku rasa aku kena kutuk juga pemimpin Pakatan Rakyat yang tak tau nak jaga ADUN depa sendiri.

Mungkin kalau aku jadi wakil rakyat di Kedah…ada kemungkinan juga aku akan melompat kalau dengar apa yang Ustaz Azizan cakap.

Dalam satu mesyuarat, Ustaz Azizan pernah memberikan analogi…PKR umpama tong untuk dipijak.

“Kat Kedah ni…kami dalam Pas ni macam orang nak kait rambutan. Dah lima puluh tahun dok kait, tapi tak dapat sebab galah tak cukup panjang. Tup-tup kita dapat tong untuk berpijak…maka dapat la kita kait rambutan tu.” Kalau hangpa ADUN PKR…tak sakit hati ka? Nasib baik senator Zamri balas dengan cara diplomasi..” kalau dah dapat rambutan tu…jangan la sepak tong.”

Kat Selangor pun macam tu jugak. Kalau dulu kita kutuk ADUN Pelabuhan Kelang yang melompat…tapi pasai apa dalam Kongres PKR…masing-masing dok kutuk Khalid Ibrahim? Pasai apa tak ada sapa yang kutuk ADUN yang melompat? Pasai Khalid Ibrahim pun macam Ustaz Azizan. Masing-masing keras kepala tak mau belajar dari kesilapan Perak.

Dalam Muktamar Pas yang baru lalu, Pengarah Pilihanraya Pas Pusat, Abdul Halim Abdul Rahman menyatakan kemungkinan Kedah dan Selangor akan tumbang dalam pilihanraya akan datang. Kalau dah tau…buat la sesuatu. Kalau perlu tukar Ustaz Azizan dan Khalid Ibrahim…buat la. Jangan tunggu sampai jadi macam Perak.

Bila ada ADUN yang melompat…kita kutuk. Kadang-kadang saja lepas geram.

Dalam blog Albanjari semalam, Albanjari pun seronok kutuk. “Ada siapa yang boleh ingat Hagemon mana yang promosikan budaya ini ? Tentu bukan dari PAS. Sengal wal bangsat !”

Budaya lompat ini bermula sudah lama. Dan ianya bermula dari PAS!!! bukan ahli biasa tetapi dua Presiden Pas melompat kedalam Umno. Kemudian dengan partinya sekali melompat kedalam BN. Ustaz Nakhaei datang dari mana?

Ahhh!! itu cerita lama. Tak mengapa.

Selepas PRU 2008, Wakil Rakyat pertama yang melompat adalah Ahli Parlimen Pas dari Pasir Mas!!!! dia mengisytiharkan diri menjadi ahli Bebas pada November 2008, kemudian baru diikuti oleh dua ADUN PKR pada dan seorang ADUN DAP pada Februari 2009. Bukan saja dia melompat…malah dia gigit tangan yang menyuapnya.

Sengal wal bangsat!!

Jadi…aku tak payah jawab komen Cenangau “Agak-agak, kalau (aku ulang sekali lagi, KALAU) ada dari PAS yang akan lompat, agak-agak hangpa, sapa calon yang duduk rangking no#1?” dan C++ “Gua masih tunggu pengumuman siapa “Katak Pisang” pertama yang akan melompat…. hehehe… kalu tak silap… mungkin dari Kelantan dan Selangor… hahahaha

“Katak Pisang” = Anggota PAS yang melompat.. hahaha”

Budaya lompat dipelopori oleh Wakil Rakyat Pas, dipromosikan oleh wakil rakyat DAP dan dipopularkan oleh wakil rakyat PKR.

Kita serupa!!!


http://ureka.asia/2010/06/adun-lompat-salah-siapa/

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails