Monday, June 7, 2010

Konflik Palestine-Israel : Hipokrasi Umno dan Sisi yang Dilupakan.

Oleh : Teratai Liar

Dalam satu syarahan di Dewan Bahasa dan Pustaka pada 8 Mei 2002 yang disiarkan secara langsung, Almarhum Ustaz Fadhil Nor mengingatkan hadirin agar "tidak mengulangi kesudahan yang rutin, yang lebih bersikap retorik, emotif dan sekadar mampu merawat dhamir atau conscience umat yang memberontak terhadap kekejaman rejim Zionis-Israel". Isu zionisme Israel selalu disentuh dari sudut kekejaman, kezaliman, ancaman terhadap Baitul Maqdis yang sebagainya.

Satu aspek penting dalam ucapan tersebut, dinyatakan juga soal terma yang sering digunakan oleh media-media barat - yang malangnya sering ditiru bulat-bulat oleh media kita sendiri - seperti 'suicide bombers', 'terrorist' atau apa-apa yang berkonatasi negatif.

Ucap Almarhum lagi:"untuk terus terjun membicarakan isu ini dari perspektif pergolakan terkini, seperti yang kerap dipamerkan, khasnya oleh media barat tentang konflik Palestin - Israel, akan meletakkan kita pada kedudukan 'short-sighted' atau rabun jauh'. Tanpa meneliti sejarah penderitaan dan pengkhianatan terhadap umat Palestin ini adalah agak mudah dan spontan untuk pihak awam menjatuhkan hukuman ke atasnya, contohnya, 'suicide- bombers' atau kewujudan 'bom manusia' sebagai tindakan militan agama yang terdesak atau tidak Islamik".

Saya berpendapat ini adalah antara batu penghalang kenapa isu Palestin ini seringkali hanya dilihat berligar di kalangan umat Islam sahaja, itu pun pada musim-musim tertentu sahaja. Dalam soal aparthied di Afrika Selatan, junta Mynmar atau pun Timur Leste, kebersamaan komuniti dunia nampak teserlah.

Isu Palestin dilihat sebagai isu eksklusif umat Islam, bukan isu kemanusiaan, jauh sekali untuk menyedarkan hakikat bahawa ia adalah isu hak dan penjajahan Zionis Yahudi ke atas bumi Palestin. Media-media dan propaganda Zionis memang mahu supaya isu ini dipencilkan, dilihat sebagai isu umat Islam sahaja.

Jauh dari menerima hakikat sebenar, kita sudah jarang bercakap bahawa Israel tidak pernah wujud sebelum 14 Mei 1948. Bumi yang ada sebelum ini hanyalah Palestine, -tiada istilah negara Israel. Amat jarang sekali khalayak dibawa untuk meneliti dokumen-dokumen sejarah dan catatan perjalanan sejarah misalnya, pada saat-saat akhir kejatuhan Sultan Othmaniyah Sultan Abdul, kejatuhan Empayar Turki, ugutan dari Theodore Hetzl ke atas baginda, surat Arthur Balfour kepada Rothschild (Deklarasi Balfour), mahu pun pembentukan Jawatankuasa khas PBB mengenai Palestine 1947 (UNSCOP) yang tidak diakui oleh Majlis Penasihat Palestine sendiri, yang akhirnya membawa kepada Resolusi 181 PBB itu.

Jauh sekali mahu menyedari di sebalik pengistiharan resolusi 181 ini Israel melebarkan lagi tanah milikannya hanya beberapa hari selepas diisytiharkan sebagai sebuah negara. Wayang tajaan PBB, AS dan Zionist ini jarang kita ulas dan bongkar. Hakikatnya, melainkan peristiwa serangan ekstrimist Yahudi Kachaneh pada Ogos 1929, Baitul Maqdis sendiri hanya ditawan dan dibakar selepas 1967, menyerlahkan fakta bahawa isu asal yang mendominasi berjaya ditenggelamkan.

Jika saudara-saudara bersetuju, kita semua telah diheret untuk melihat isu ini dari kacamata dan kehendak Zionist bukan dari sudut hak penduduk yang telah dirampas dan dijajah tanah air mereka.

Justeru yang demikian, untuk memecah tembok dogma Zionis ini yang menghalang lain-lain tamadun dunia, bangsa Eropah, AS, Cina, India, Jepun, Korea, mahu pun bangsa Melayu sendiri dari mengutuk penubuhan negara haram Israel, adalah baik jika tulisan2 tentang konflik Palestin-Israel ini diselang selikan dengan pendedahan fakta2 sejarah seperti dokumen, surat-surat perjanjian dan sebagainya.

Seperti juga beberapa polisi negara Israel perlu juga didedahkan. Barangkali sudah ada yang mengetahui apa itu Israeli Security System mahu pun projek 'Hasbara' misalnya. Hasbara itu sendiri merujuk kepada polisi komunikasi Zionist untuk mengheret dunia memusuhi Iran kerana Iran adalah antara ancaman terbesar kepada kestabilan negara haram Israel.

Yang paling memalukan, tidak ramai rakyat di Malaysia yang menyedari hal ini dan tidak memberi apa2 respons, misalnya apabila Malaysia bersetuju dengan AS untuk mengenakan sekatan ke atas Iran berkenaan isu tenaga nuklearnya.

Ini telah saya sentuh secara tidak langsung dalam posting Insiden Mavi Marmara II : Trilogi Najib, Obama dan Ahmadinejad. Kegagalan kita untuk memahami agenda disebalik kesungguhan AS mengenakan sekatan ke atas Iran, apatah lagi bersekongkol menyokong usul berkenaan bermaksud mendekatkan lagi umat Palestine dengan kecelakaan yang lebih besar.

Tulisan ini hanyalah satu pandang sisi yang ingin melihat kelainan bila kita membicarakan soal Palestin. Sudah pasti hadis yang diriwayat Imam Ahmad berkenaan 'sekumpulan umat di Baitul Maqdis dan sekitarnya' tetap terakam dalam sanubari setiap individu muslim.

Bagaimanapun kita ingin sekali melihat isu Palestin jauh merentasi tembok agama dan kaum.Khususnya di Malaysia. Tidak seperti di Barat,persoalan hak dan kebenaran sebenar dalam isu ini sebenarnya sudah agak lama meluas khususnya di kalangan cendiakawan barat dan pertubuhan hak asasi manusia. Mengapa? Kerana mereka tidak sekadar melihat isu ini semata-mata mengikut kacamata Zionis. Ada yang dituduh gila, dibuang jawatan pensyarah, di pulau masyarakat sendiri, hilang populariti di Parlimen hatta mati dibunuh sekali pun. Lihat sahaja Chomsky, George Galloway, Israel Shahak, Rabbi Weiss, Rachel Corry, Illan Pappei, sekadar beberapa nama.

Anehnya, di Malaysia sendiri dogma 'terrorist', 'fundamentalist' dijayakan oleh pemimpin yang mengaku menyokong perjuangan rakyat Palestin. Dan ia menjadi semakin aneh, apabila agenda ini disokong oleh sekumpulan umat yang mengaku dirinya seagama dengan saudaranya di Palestin.


Palestine In Our Heart.
Damn You Zionist. Damn You Umno.!!!

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails