Monday, June 28, 2010

Khir Toyo Tak Puas hati Khalid masih MB Selangor.

Kenyataan dari Khir Toyo ini menjelaskan kepada kita siapa atau kelompok manakah di Selangor yang tidak mahu Tan Sri Khalid kekal sebagai MB Selangor..

Yang jelasnya puak-puak ini memang mahukan berlaku krisis dalam PKR Selangor..

Semalam DS Wan Azizah telah mengumumkan Azmin telah mengambil alih jawatan Pengerusi PKR Selangor dari Tan Sri Khalid dan Tan Sri Khalid telah menyerahkan jawatan itu dengan senang hati..

Ini menyebabkan Khir Toyo mengeluarkan kenyataan cuba untuk melaga-lagakan mereka..


Khir Toyo: Khalid masih 'berkuasa'

Jun 28, 10 1:09pm

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih lagi "berkuasa" di Selangor walaupun jawatan pengerusi majlis pimpinan negeri kini diambil alih oleh Azmin Ali, kata bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo.

"Khalid masih ada kuasa dan dia masih lagi boleh bagi projek pada orang-orang dia," kata Dr Khir yang juga bekas menteri besar negeri itu.

Menurutnya, Khalid masih lagi boleh bertahan menjadi Menteri Besar kerana beliau mendapat banyak sokongan daripada ADUN DAP di negeri itu berbanding Azmin.

Semalam Azmin dilantik sebagai pengerusi majlis pimpinan negeri Selangor menggantikan Khalid berkuatkuasa serta merta.

Perkara itu diumumkan oleh Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail selepas mempengerusikan mesyuarat pimpinan pusat parti itu di Shah Alam.

Menurut Wan Azizah, rombakan itu dibuat bagi membolehkan Khalid menumpukan tugaskan kepada usaha pentadbiran kerajaan negeri.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Khir berkata, kedudukan Azmin tidak mampu memberikan sebarang kesan terhadap Umno Selangor.

"Dia (Azmin) hanya pegang jawatan pengerusi, tetapi Khalid masih lagi berkuasa kerana dia masih lagi menjadi menteri besar.

"Apa guna memegang jawatan pengerusi majlis pimpinan (negeri) tanpa jawatan menteri besar?" soal Dr Khir yang kini menjadi ketua pemikir Umno negeri.


Malaysiakini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails