Tuesday, June 29, 2010

Khir Toyo rupanya... kusangkakan Beruk...

Pepatah orang dulu-dulu ada mengatakan 'Kalau tiada Angin, masakan pohon akan bergoyang'.. tetapi telah ditambah rasanya menjadi 'Kalau tiada Angin, masakan pohon akan bergoyang kecuali ada beruk..'

Kusangkakan angin yang membawa khabar pergolakan PKR Selangor.. tapi angin tiada.. jadi mungkin yang menggoncang pokok itu adalah beruk..

Tapi telahan ku salah juga rupanya... kusangkakan beruk.. rupa-rupanya Khir Toyo yang mengoncang pokok..

Keh.. keh.. keh.. tajuk sebenar sila baca dibawah..

Artikel diambil dari : KedahLanie

Angin Khir sangka beruk...........

Penulis Tamu - Roslan SMS,

Ramai yang memberi berbagai telahan dan bacaan terhadap rombakan kecil yang berlaku dalam PKR Selangor baru-baru ini. Sdr Azmin Ali, ahli parlimen Gombak/ ADUN Bukit Antarabangsa dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Selangor.

Sesungguhnya rombakan dalam parti adalah perkara biasa bagi mana-mana parti pun. Ia berlaku apabila ada usaha menyeragam atau mengemaskinikan jentera dan pentadbiran parti bagi memastikan kelancaran untuk tugas dan tanggungjawab yang lebih besar.

Bagi parti lawan sudah pastilah apa sahaja yang bergerak dan bergoyang dalam parti saingannya akan menjadi bahan dan terjahan politik. Manalah tahu silap-silap terjah boleh jatuh.

Begitu jugalah kalau kita lihat reaksi mantan MB Selangor, Khir Toyo terhadap perkembangan yang berlaku dalam PKR Selangor.

Dendam kesumat Khir terus membara dalam dirinya. Maklumlah tersungkur jatuh ketika sedang tidur lena. Hilang takhta pada malam 8 Mac 2008 lalu adalah mimpi ngeri yang tidak padam-padam dan terus menghantui hidup beliau hingga hari ini.

Lalu apabila melihat pohon PKR bergoyang, berkecamuklah nafsu serakah Khir, terus sahaja beliau mencapai senapang “burukny” sebab percaya ada beruk sedang melonjak-lonjak atas pohon berkenaan sehingga ia bergoyang. Walaupun hakikatnya pohon itu sebagaimana pohon-pohon lain bergoyang lantaran deruan angin yang memukulnya.

Katalah apa pun pada Khir, beruk juga yang dicarinya!

Berbalik pada rombakan dalam PKR Selangor. Kata Khir kini pasukan bolasepak PKR Selangor ada tiga kapten. Lantas kucar-kacirlah pentadbiran negeri akibatnya. Tiga kapten yang dimaksudkan adalah Dato Seri Anwar kerana dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Negeri sebelum ini, Tan Sri Khalid sebagai MB dan Azmin Ali sebagai Ketua PKR Selangor yang baru.

Memang Khir berhak mengulas dan memberi komen apa sahaja. Kenapa tak katakana Selangor ada dua lagi kapten cukupkan lima semua sekali iaitu Pengerusi DAP dan Pesuruhjaya PAS Selangor!

Dalama keghairahan beliau meninjau-ninjau beruk atas pokok, rupanya Khir tak nampak gajah besar di depan batang hidungnya! Umno Selangor apa kurangnya! Kalau PKR dan Pakatan Rakyat begitu, padanlah kerana kamiparti memerintah. Umno yang pembangkang di Selangor macam mana?

Kapten Najib, Kapten Noh Omar, Kapten Khir dan baru-baru ini penjaga gol Satim Diman meninggalkan gawang golnya! Jangan-jangan beruk yang Khir cari-cari itu sedang menari-nari atas pohon Umno Selangor!

Bagi keluarga Pakatan Rakyat di Selangor, masing-masing parti berhak merombak pimpinan parti masing-masing demi kebaikan bersama. Urusan parti kawan tidak wajar dicampuri parti kawan yang lawan. Semangat setiakawan menuntut kita menerima dan terus bekerja ke arah agenda bersama iaitu mempertahankan Selangor dengan menempa kemenangan yang lebih besar dan selesa serta menyumbang kearah penawanan Putrajaya.

Biarlah Khir dengan beruk-beruknya!

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails