Tuesday, June 8, 2010

Kes Memiliki SENJATA BERBAHAYA AMK ditangguh.

Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Fariz Musa atau Cikgu Fariz dan empat ahli AMK yang telah ditahan semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor April yang lalu di bawah Akta Kanun Keseksaan Seksyen 426, atas kesalahan memiliki senjata berbahaya dan bahan letupan.


Kes Miliki Pisau Lipat 20 Sen Ditangguh 28 Julai

Oleh Frederick Luccas

KUALA KUBU BHARU 8 Jun - Pendengaran kes Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Fariz Musa bersama empat ahli AMK yang ditahan semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor April lalu di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Baru hari ini telah ditangguhkan pada 28 Julai depan.

Penangguhan ini dibuat oleh Hakim Zuraidah Zakaria kerana ketiadaan kertas penyiasatan (IP) daripada pihak pendakwa raya yang mendakwa tertuduh di bawah Akta Kanun Keseksaan Seksyen 426, atas kesalahan memiliki senjata berbahaya dan bahan letupan kerana memiliki pisau lipat berharga 20 sen.

Peguam Mohd Radzlan Jalaludin yang mewakili Fariz dan ahli AMK terbabit berkata IP masih lagi diberada di Pejabat Ketua Unit Pendakwaan Selangor yang berkemungkinan menilai semula samada perlu atau tidak meneruskan pertuduhan ini.

"Pada tarikh pertama mereka didakwa, saya telah memohon agar pertuduhan ini tidak diteruskan kerana pada masa itu (semasa kempen pilihan raya), keadaan agak tegang dan mungkin pendakwaan dibuat tergesa-gesa dan ada kemungkinan pihak pendakwa raya meniai semula fakta kes ini.

"Kes ini hanya satu kes kecil dan mungkin akan dipertimbangkan agar pertuduhan digugurkan," jelas Mohd Radzlan.

Fariz dan empat anggota AMK - Ahmad Sharizan Safrim, Ahmad Amin Runass, Ahmad Shabuddin dan Wan Khairul Fadhilah ditahan pada malam 21 April atas kesalahan memiliki beberapa keping pisau lipat yang dipercayai digunakan untuk menurunkan kain rentang Barisan Nasional yang berupa provokasi semasa kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor.

Mereka telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Baru kali pertama pada 23 April, di mana tarikh pendengaran telah diputuskan ke hari ini.


Suara Keadilan

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails