Thursday, June 3, 2010

JANGAN sertai perhimpunan esok! - Ketua Polis KL.

Pulakdah.. Polis negara Malaysia yang merupakan sebuah negara Islam menghalang demonstrasi menentang kezaliman Zionist? Apa cerita ni?

Adakah mereka menyokong Zionist?

Bagaimanapun esok Pergerakan Pemuda Umno dijangka akan mengadakan perhimpunan bagi mengutuk serangan berdarah tentera Israel itu di Masjid Negara selepas solat Jumaat manakala pergerakan Pemuda PAS mengadakan perhimpunan di Masjid Jamek Kampung Baru dan berarak ke Kedutaan Amerika Syarikat.

Jadi kita saksikan di perhimpunan yang mana satukan FRU akan diletakkan seramai mungkin..


Jangan sertai perhimpunan esok, kata Ketua Polis Kuala Lumpur

June 03, 2010KUALA LUMPUR, 3 Jun — Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyertai demonstrasi yang dijangka diadakan di beberapa tempat di sini selepas solat Jumaat esok bagi membantah serangan Israel atas kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berkata polis telah menerima maklumat mengenai perhimpunan akan diadakan oleh pertubuhan tertentu, ahli politik dan badan bukan kerajaan.

Pihak polis tidak menerima sebarang pemohonan untuk mengadakan perhimpunan dan menyifatkannya sebagai perhimpunan haram, katanya dalam satu kenyataan.

“Perhimpunan ini juga dikhuatiri akan membahayakan keselamatan awam dan mendatangkan unsur keganasan,” katanya.

Pergerakan Pemuda Umno dijangka akan mengadakan perhimpunan bagi mengutuk serangan berdarah tentera Israel itu di Masjid Negara selepas solat Jumaat manakala pergerakan Pemuda PAS mengadakan perhimpunan di Masjid Jamek Kampung Baru dan berarak ke Kedutaan Amerika Syarikat.


Bernama

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails