Sunday, June 13, 2010

Haaa.. Baru Depa Tau.. Biaq Depa Rasa..

Cuba korang baca laporan dari blog Pro UMNO ni..

Mesyuarat UMNO cawangan dihalang guna dewan!


Kira-kira 100 ahli UMNO Cawangan Guar Kepah di sini terpaksa mengadakan mesyuarat dalam keadaan bersesak-sesak di sebuah bilik operasi Rela selepas dihalang menggunakan sebuah dewan di kampung itu.

Semuanya gara-gara tindakan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Negeri (JKKKN) yang menghalang mereka mengadakan persidangan tersebut di Dewan Banjir Guar Kepah di sini. Tinjauan mendapati, mesyuarat kira-kira pukul 6 petang semalam itu tetap diteruskan walaupun sebahagian ahlinya terpaksa berdiri ekoran bilik operasi tersebut yang sempit selain bilangan kerusi tidak mencukupi.

Pengerusi UMNO Cawangan Guar Kepah, Mohamad Rozi Yaacob berkata, pihaknya terpaksa memohon ihsan pihak Rela pada saat-saat akhir untuk 'menumpang' bilik operasi pasukan beruniform itu yang terletak kira-kira 300 meter dari dewan berkenaan. Menurut beliau, pihaknya ada menghantar surat permohonan kepada pihak JKKKN kampung itu pada 1 Jun lalu dan dimaklumkan bahawa mereka boleh menggunakan dewan tersebut hari ini.

"Bagaimanapun saya dimaklumkan pada saat-saat akhir bahawa kami tidak boleh menggunakan dewan tersebut dengan alasan surat (permohonan) yang ditulis tidak ditujukan terus kepada Pengerusi JKKKN sendiri. "Kami juga diberitahu bahawa kami tidak boleh bermesyuarat di dewan itu kerana UMNO cawangan dikatakan menggunakan dewan tersebut tanpa kebenaran ketika menjalani program Juara Rakyat baru-baru ini," katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat itu semalam.

Mohamad Rozi berkata, Ketua Wanita UMNO cawangan tersebut juga sudah mengadakan perbincangan dengan salah seorang pemimpin JKKKN berkenaan bagi memaklumkan permohonan menggunakan dewan tersebut selain turut menghantar surat. "Alasan-alasan itu sangat tidak wajar apatah lagi program Juara Rakyat yang diadakan sebelum ini memberi manfaat kepada semua penduduk kampung tanpa mengira fahaman politik," tambahnya. - Penang Wasabi


Sebelum itu.. aku rasa 100 ahli tu bohong saja tu..

Ha.. sekarang baru depa tau bagaimana rasanya bila tidak ada dewan yang diberikan kebenaran kepada hangpa untuk digunakan sebagai tempat untuk bermesyuarat..

Baru depa tau.. selama memerintah 52 tahun dulu Harta kerajaan,tak kiralah kerajaan pusat ka kerajaan negeri hangpa kata harta mak bapak hangpa tak cukup dengan dewan.. apa saja harta kerajaan yang ada dalam dewan tu hangpa kata harta UMNO..

Sampai bila kalah PRU12 hari tu hangpa sapu apa saja yang ada dalam dewan bawak balik rumah hangpa..

Apa hangpa ingat duit yang diguna untuk membeli perkakas yang ada dalam dewan tu duit UMNO ka? Duit kerajaan tu duit rakyat.. rakyat yang membayar cukai bukan duit UMNO..

Kalau hangpa nak tau Dewan JKKK tu ialah Dewan yang dibina untuk kemudahan masyarakat kampong bukan digunakan sebagai tempat mesyuarat UMNO..

Dewan tu seharusnya bebas dari sebarang program yang melibatkan parti politik.. termasuklah program Juara Rakyat hangpa tu..

Selama 52 tahun memerintah Pulau Pinang ni apa yang pemimpin hangpa tu buat? Selain dari mengkayakan diri sendiri dan adik beradik depa, apa depa buat? Sampai tak sempat nak fikir nak cari tapak untuk dibuat Dewan sendiri

La ni bila nak guna dewan nak buat mesyuarat barulah terhegeh hegeh nak cari tempat..

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails