Wednesday, June 23, 2010

Depa kata 10 anggota JI yang ditahan itu nak letupkan rumah ibadat

Boleh jadi semasa awalnya skrip masih belum siap jadi Datuk Wira Abu Seman Yusop enggan mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan Jemaah Islamiah (JI) di tanah air.

JI: Kerajaan enggan beri jawapan rasmi di Parlimen

KUALA LUMPUR, 23 Jun: Datuk Wira Abu Seman Yusop tetap enggan mengeluarkan kenyataan rasmi di Dewan Rakyat walaupun beberapa Ahli Parlimen PAS mendesaknya supaya mendedahkan bukti-bukti emperikal berhubung kewujudan semula gerakan Jemaah Islamiah (JI) di tanah air.

“Saya berasa saya tak mahu respons persoalan-persoalan Pasir Puteh,” tegas Timbalan Menteri Dalam Negeri itu berkali-kali, petang tadi.



Keengganan Wira yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah itu gara - gara tindakan Ahli Parlimen Pasir Puteh, Muhammad Hussain meminta kementeriannya mengaitkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dengan JI, sebagaimana yang didedahkan oleh Polis Cawangan Bukit Aman dalam suatu program bersama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

“Apakah motif kerajaan dalam menyiarkan gambar-gambar Marang (Abdul Hadi) dan Timbalan Mufti (Mohd Asri) dalam program KPT sebelum ini.

“Adakah kerana kedua-dua tokoh ini dilihat salah atau terbabit dengan gerakan JI sekarang atau mengamalkan ajaran sesat?” soal Muhammad.

Menjawab soalan tersebut, Abu Seman menyifatkan soalan-soalan Mohammad itu sebagai khabar angin semata-mata.

Lantas itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pula bangkit mempertikai jawapan timbalan menteri itu.

“Saya rasa ini semua bukannya ‘khabar angin’, apa yang dijelaskan oleh Pasir Puteh itu adalah suatu taklimat Polis Bukit Aman pada Kementerian Pengajian Tinggi,” tegas beliau.

“Yang dikaitkan adalah seorang bekas Mufti, seorang Mufti Perlis dan Marang (Abdul Hadi) sendiri, sebab itu Dewan yang mulia ini nak tahu mengapa gambar-gambar mereka ini dikaitkan dengan JI.”

Beliau turut mempertikai kredibiliti Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kerana tidak berani hadir di Dewan Rakyat membuktikan kononnya Jamaah Islamiah kembali aktif di tanah air.

Melihat pada tindak tanduk menteri dan timbalan menteri, beliau tidak menolak kemungkinan Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan seakan mendapat nasihat yang salah dalam menangani isu keselamatan tersebut.

Turut mendesak KDN di Dewan Rakyat adalah Datuk Mahfuz Omar (Naib Presiden PAS/Ahli Parlimen Pokok Sena) dan Dr Dzulkefly Ahmad (Ahli Parlimen Kuala Selangor)- Harakah Daily



Pada lewat petangnya pula.. setelah skrip siap Datuk Wira Abu Seman Yusop memberikan jawapan dibawah..

Akan letupkan rumah ibadat: 10 anggota JI ditahan
23/06/2010 7:33pm

KUALA LUMPUR 23 Jun – Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata hari ini, penahanan 10 anggota Jemaah Islamiah (JI) awal tahun ini adalah bertindak atas maklumat bahawa kumpulan itu akan meletupkan tempat ibadat bukan Islam di Selangor dan Pulau Pinang.

Beliau berkata, kumpulan yang diketuai lelaki Syria bernama Ayman serta lapan lagi warga asing dan seorang rakyat tempatan itu ditahan di Sungai Cincin, Gombak pada 21 Januari tahun ini.

Katanya, daripada yang ditahan itu, didapati lima daripadanya adalah pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT).

"Kesemua mereka adalah pendakwah bebas dan penyokong kuat kepada Ayman iaitu ketua kepada kumpulan ini. Warga tempatan itu didapati telah berkenalan dengan Ayman semasa beliau belajar di Pakistan.

"Apa yang diketahui, peranan Ayman selain menjadi ketua kepada kumpulan tersebut, beliau juga merupakan tenaga pengajar bagi kumpulan Al-Qaeda di mana beliau berperanan untuk melatih (rekrut) pelajar,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Ahli Parlimen (MP) Pokok Sena daripada Pas, Datuk Mahfuz Omar yang mencelah ketika beliau menggulung perbahasan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) bagi kementeriannya pada persidangan Dewan Rakyat, di sini, hari ini. - Media UMNO

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails