Monday, June 28, 2010

Bookie Haram biayai kempen menentang lesen Judi?

Pada majlis ini dimana Vincent Tan telah menunjukkan surat Kementerian Kewangan bertarikh 13 Januari 2010 yang memberikannya kelulusan bersyarat mendapatkan lesen sukan judi beliau telah mendakwa bookie haram membiayai kempen untuk menggagalkan rancangan Kumpulan Berjaya daripada memperoleh lesen pertaruhan sukan.

Kononnya bookie haram telah membelanjakan antara RM100 juta hingga RM300 juta untuk menjejaskan usaha memperkenalkan perjudian sukan di negara ini..

Kah.. kah.. kah.. padan muka dia..


Batal lesen: Vincent Tan persalah bookie haram, Pakatan

KUALA LUMPUR, 28 Jun — Tan Sri Vincent Tan hari ini mendakwa bookie haram membiayai kempen untuk menggagalkan rancangan Kumpulan Berjaya daripada memperoleh lesen pertaruhan sukan, dan kini menunggu masa yang sesuai untuk menghidupkan usaha itu, demikian menurut beberapa penganalisis judi sukan.

Pengerusi Kumpulan Berjaya ini juga mendakwa Pakatan Rakyat (PR) wajar dipersalahkan atas keputusan pentadbrian Najib menarik balik keputusan mengeluarkan lesen minggu lalu.

Tan mendakwa bookie haram telah membelanjakan antara RM100 juta hingga RM300 juta untuk menjejaskan usaha memperkenalkan perjudian sukan di negara ini.

Aktiviti pertaruhan haram di Malaysia dianggarkan boleh menjana pulangan bernilai RM20 bilion setahun.

Tan mengatakan perkara ini ketika majlis makan tengah hari bersama kira-kira 40 penganalisis pertaruhan di ibu negara.

Pada majlis itu beliau juga menunjukkan surat Kementerian Kewangan bertarikh 13 Januari 2010 yang memberikannya kelulusan bersyarat mendapatkan lesen sukan judi.

Bagaimanapun sumber-sumber yang melihat surat itu berkata tidak menyebut kerajaan perlu mendapatkan sokongan publik terlebih dahulu sebelum mengeluarkan lesen penuh.

Satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan Kumpulan Berjaya menyebut syarikat itu sangat kecewa dengan keputusan kerajaan tidak mengeluarkan lesen yang telah diberikan secara dasarnya.

Sebelum ini Kumpulan Berjaya menyatakan bahawa kerajaan telah mengeluarkan semula lesen bagi membolehkan syarikat Ascot Sports Sdn Bhd milik Tan selepas lesen asal telah dibatalkan oleh kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Jumaat lalu, kerajaan mengambil keputusan untuk tidak mengeluarkan lesen pertaruhan sukan kepada Ascot Sports.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pandangan pelbagai pihak yang jelas menunjukkan bahawa sebahagian besarnya tidak bersetuju lesen itu dikeluarkan.

Najib yang juga Presiden Umno berkata keputusan itu dipersetujui dengan sebulat suara oleh anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno yang bermesyuarat Jumaat lalu.

“Sejak keputusan kelulusan pada dasarnya telah dibuat dan tinjauan telah dibuat, walaupun ada pihak yang menyokong dan ada pihak tidak menyokong atau menentang, maka setelah mengambil kira semua pandangan ini, jelas kepada kerajaan bahawa sebilangan besar masyarakat tidak bersetuju lesen tersebut diberikan kepada Ascot Sports.

“Oleh itu, dengan ini saya ingin mengumumkan bahawa kerajaan mengambil keputusan bahawa lesen tersebut tidak akan dikeluarkan,” katanya.

Najib berkata lesen berkenaan telah bermula pada 1989 tetapi syarikat tersebut telah menyerahkan semula kepada kerajaan pada 1990 kerana mengalami kerugian besar.

Sejak tarikh itu syarikat berkenaan telah mencuba beberapa kali untuk memperbaharui lesen dan baru-baru ini kerajaan telah memberikan kelulusan secara dasarnya berasaskan kepada syarat-syarat tertentu untuk dipenuhi, katanya.

Najib berkata adalah menjadi hasrat kerajaan selama ini untuk mengawal pertaruhan sukan haram yang dikatakan melebihi RM10 bilion di samping menyumbang kepada kegiatan jenayah yang lain dan ancaman sosial dalam negara.


The Malaysian Insider

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails