Tuesday, June 1, 2010

Arif Shah jangan tunjuk Jahil !!

Allah hu Akhbar!! Jahil rupanya Ariff Shah ni.. kalau Yang Dipertua PAS Permatang Pauh, Omar Hasan ni tak bagitau sampai matipun aku tak tau..

Bukan jahil saja rupanya.. tapi dah sampai ke tahap kejahilan yang tinggi.. kira kejahilan yang melampau dah ni..

Patutlah orang-orang Melayu yang pi beli nombor ekor kat kedai 4D dekat dengan Pusat Khidmat dia di Taman Siakap, Seberang Jaya dia buat-buat tak nampak..


Judi: Arif Shah jangan tunjuk jahil

Mohd Sabri Said

PERMATANG PAUH, 1 Jun: Yang Dipertua PAS Permatang Pauh, Omar Hasan meminta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah menunjukkan kejahilan yang tinggi kepada bukan Islam berhubung lesen perjudian.

Beliau juga menggesa Arif Shah memohon maaf kepada semua umat Islam Pulau Pinang kerana menolak pengharaman judi yang ditetapkan dalam Islam dengan beranggapan apa yang dinyatakan oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng hanya 'cakap politik' berhubung judi bola.

Jelasnya, isu itu bukan isu politik sebaliknya berkaitan dengan Islam yang mengharamkan judi, maka tiada alasan lain dibolehkan walaupun ia diluluskan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Adun Seberang Jaya nampak begitu jahil tentang isu ini dan sanggup pula menuduh Ketua Menteri Pulau Pinang main politik bila mengeluarkan kenyataan beliau sanggup ke penjara sekiranya arahan kepada semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini agar tidak mengeluarkan lesen judi itu bertentangan dengan undang-undang," ujar Omar.

Katanya, sebagai seorang Islam, Adun berkenaan patut malu apabila pemimpin bukan Islam pula mengeluarkan kenyataan demikian rupa dan bertepatan dengan apa yang diharamkan oleh Islam sendiri.

Tambahan lagi, usaha tersebut memang harus dipuji oleh banyak pihak berikutan hasratnya menjadikan Pulau Pinang selari dengan pemerintahan Khalifah Omar Abdul Aziz yang walaupun tidak lama memerintah namun berjaya memartabatkan Islam dengan begitu tinggi.

"Jangan tunjukan kejahilan yang tinggi pada bukan Islam apabila berusaha mengampu pemimpin BN, Datuk Seri Najib Razak yang telah melulusan lesen perjudian kononnya untuk menghindarkan perjudian haram ketika bola sepak Piala Dunia di Afrika Selatan beberapa hari lagi," katanya.

Tegasnya, PAS Permatang Pauh bukan sahaja mendesak pengharaman judi bola malahan semua perjudian yang menjadi amalan negara ini.

Kewujudan pusat perjudian, tegas beliau, bukan menyelamatkan manusia daripada keganasan bahkan menghidupkan suasana berkecamuk dalam masyarakat.

Adun Seberang Jaya itu juga diingatkan selalu membaca Al-Quran dan mengambil pengertian ayat 90, surah al-Maidah yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, bahawa sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah kotor dan keji dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya”.


Harakah Daily

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails