Wednesday, June 9, 2010

'Air Mata Plastik' dari Isteri seorang Perdana Menteri..

Air Mata Plastik ialah satu istilah yang pernah digunakan dalam filem yang berjudul 'Kembara Seniman Jalanan' yang pernah ditayangkan dipawagam pada sekitar penghujung 80an kalau tak silap aku.. Maksudnya ialah seperti Bunga Plastik, ianya kelihatan seperti bunga sebenar walaupun ianya adalah palsu, begitulah juga dengan Air Mata Plastik ini, kelihatan seperti benar hakikatnya ianya adalah palsu. Ianya terhasil dari lakonan..

Air mata Plastik.. Itulah jenis air mata yang boleh dikatakan yang mengalir keluar dari mata Bini Najib, Rosmah Mansor yang kononnya sangat tersentuh naluri keibuannya bila membicarakan tentang sembilan orang rakyat Turki yang terbunuh akibat kekejaman Regim Zionis.



Beliau dirakamkan mengesat air mata oleh jurugambar dari Bernama yang berada di rumah Duta Turki ke Malaysia Serap Attay di Langgak Duta dimana Rosmah Mansor menyampaikan sumbangan rakyat Malaysia sebanyak AS$45,000 (RM149,709) kepada keluarga sembilan rakyat Turki yang dibunuh tentera Israel dalam insiden kapal 'Mavi Marmara' minggu lepas.

Rosmah Mansor seorang isteri Perdana Menteri yang penuh penuh dengan naluri keibuan menangis bila mengenangkan nasib para sukarelawan yang terbunuh ditangan Komando Israel itu. Beliau dikatakan penuh dengan naluri seorang ibu walaupun beliau tidak datang menjenguk cucu sendiri yang baru dilahirkan..

Menangis konon… tak perlu nak berpura-pura simpati terhadap mangsa yang terbunuh tu..

Jangan jadi HIPOKRIT!!

Kematian orang yang berada nun jauh di Turki yang dia sendiri tidak pernah kenal dia tangisi.. mereka yang dibunuh berada beribu-ribu batu dari Malaysia. Mereka yang dibunuh bukanlah mereka yang mengenali Rosmah dari kecil lagi..

Yang mengenali Rosmah sejak dari kecil lagi ialah Ibu Saudaranya sendiri iaitu Allahyarhamah Sofiah Katas, kematiannya akibat dibunuh secara kejam sewajarnya ditangisi Rosmah..

Tetapi kematian Ibu Saudaranya itu yang dibunuh dengan secara kejam bersama tiga yang lain bukan saja tidak ditangisi malah untuk menjenguk jenazah merekapun dia tidak sudi.. sedangkan jarak dari Kuala Lumpur ke Kampung Batang Rokan, Gemenceh, Negeri Sembilan itu tak sampaipun 200 Batu rasanya..

Demi meraih populariti Rosmah Mengalirkan Air Mata Plastik dihadapan kamera..


Berita pembunuhan sila baca di SINI.


Sumber yang mengatakan Allahyarhamah Sofiah Katas itu Ibu Saudara Rosmah sila baca di SINI..

Berita Rosmah tidak menjenguk cucu sendiri sila baca di SINI




Berita berkaitan

Rakyat Malaysia Sumbang AS$45,000 Kepada Keluarga Sukarelawan Turki

KUALA LUMPUR, 9 Jun - Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor Rabu menyampaikan sumbangan rakyat Malaysia sebanyak AS$45,000 (RM149,709) kepada keluarga sembilan rakyat Turki yang dibunuh tentera Israel dalam insiden kapal 'Mavi Marmara' minggu lepas.

Bantuan disampaikan kepada Duta Turki ke Malaysia Serap Attay di kediamannya di Langgak Duta di sini.

Mengulas mengenai bantuan itu, Rosmah berkata setiap keluarga sukarelawan Turki yang terbunuh akan menerima AS$5,000 (RM16,634.40).

Dalam insiden pada 30 Mei lepas, sembilan warga Turki itu terbunuh selepas tentera rejim Zionis menyerang kapal tersebut yang dalam perjalanan menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Insiden itu turut menyaksikan 12 rakyat Malaysia di atas kapal tersebut ditahan Israel.

Mengulas mengenai kejadian tersebut, Rosmah berkata rejim Israel kini tidak lagi berani untuk mengulangi kejadian serupa kerana dunia sedang memerhati tindak-tanduk mereka.

"Dunia telah mengetahui bahawa tujuan mereka (rejim Israel) masuk ke kapal-kapal yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza bukan sekadar membuat pemeriksaan ke atas barang-barang dan peserta tetapi lebih daripada itu," katanya.

Beliau juga menasihati sukarelawan Malaysia yang hendak ke Gaza supaya lebih berhati-hati.


BERNAMA

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails