Saturday, June 19, 2010

Adakah “ Ini “ Adalah Kejayaan Terbesar Mahathir ???– Baca Lah

Oleh: ulitmayang

"Alhamdulillah !!!

Akhirnya , menjelang di usia senja nya , Allah memperlihatkan kepada manusia yang bernama Mahathir ini satu persatu hasil kerja tangan beliau dan pemimpin – pemimpin Melayu UMNO terdahulu semenjak pra – merdeka dan pasca – merdeka sehingga kini.

Sebenarnya sudah tidak terhitung , sepuluh jari tangan dan sepuluh jari kaki sudah habis digunakan untuk membilang segala macam kerosakan , kemusnahan dan kecacatan tinggalan Mahathir selama 22 tahun menduduki takhta.

Hari ini , antara kejayaan terbesar beliau ialah memecahkan orang – orang Melayu kepada tiga [3] kelompok , yang dinaungi oleh parti – parti UMNO , PAS & PKR. Ini akhirnya secara perlahan – lahan akan menjurus kepada pupus nya UMNO. Inilah yang amat dibimbangi Mahathir.

Walaupun beliau percaya , segala kekayaan dan khazanah negara yang sempat dicuri nya selama 22 tahun menjaga kewangan negara , tidak akan dibawanya masuk ke lubang kubur setelah beliau mati , rasa – rasanya dah dekat sangat dah , tetapi pewarisnya iaitu anak – anaknya pasti terpaksa melepaskan segala – gala simpanannya selama ini , sekiranya suatu hari UMNO bukan lagi menjadi parti yang memerintah , dengan kemungkinan paling dekat ialah PRU 13 / 2011 nanti. Itu yang merisaukannya sangat kini.

Melayu lebih bersatu dalam PR , menerusi PKR & PAS. Sementara itu Melayu UMNO sedang berpecah menjadi fraksi – fraksi yang semakin kecil , lemah dan bila – bila masa saja boleh hancur dan musnah. Terbaru dan terkini UMNO terpaksa membuang secara ‘sukarela’ seramai lebih daripada 300,000 ahli yang katanya sudah tidak aktif , tidak bersama parti dan sebagainya lagi.

Sila baca dengan teliti , berhati – hati dan penuh insaf , baca lah yang tersirat di sebalik tersurat tulisan Mahathir ini , dari sudut dan perspektif masing – masing !!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Melayu ke mana 2

"Sebenarnya tidak ada apa-apa, itu hanya untuk menakutkan orang Melayu sahaja kerana tidak mungkin kaum terbesar di negara ini boleh menjadi minoriti di negara sendiri.

"Kalau kita lihat secara realistiknya, orang Melayu masih lagi menjadi majoriti dalam semua aspek jadi mustahil untuk menjadi minoriti," katanya.

"Hanya orang yang terdesak sahaja yang akan mengeluarkan kenyataan begitu dan ini menunjukkan beliau (Mahathir) masih belum matang dalam berfikir." - Prof Madya Dr Azmi Sharom, pensyarah undang-undang Universiti Malaya (Malaysian Insider, 17 Jun 2010).

1. Saya akui yang pemikiran saya belum matang seperti yang didakwa oleh Prof Madya Dr Azmi Sharom, pensyarah undang-undang Universiti Malaya.

2. Saya lupa bahawa 60 peratus daripada 100 peratus adalah majoriti. Dan jumlah orang Melayu di Malaysia menjadikan mereka 60 peratus daripada 27 juta rakyat Malaysia. Mereka bukan minoriti.

3. Tetapi orang Melayu sekarang berpecah tiga. Kalau pecahan ini sama rata maka tiap satu puak atau parti, peratusan mereka adalah 20 peratus. Walaupun mungkin ada parti yang mendapat lebih ramai penyertaan, jumlah peratusan mereka tak mungkin 50 peratus atau lebih.

4. Angka-angka sokongan kepada PAS sahaja dalam pilihanraya menunjuk lebih 50 peratus daripada pengundi Melayu menyokongnya. Lima puluh peratus daripada 60 peratus (jumlah peratusan Melayu dalam negara) ialah 30 peratus.

5. Yang baki 30 peratus terbahagi antara UMNO dan PKR dengan UMNO mungkin mendapat bahagian yang terbesar.

6. Dilihat daripada segi keseluruhan penduduk negara, Melayu yang 60 peratus sudah terbahagi kepada tiga puak yang masing-masing mendapat peratusan kurang daripada 50 peratus penduduk, iaitu kurang daripada majoriti. Puak-puak ini pula bermusuh sesama mereka sehingga ketiga-tiga menjadi lemah.

7. Secara efektif tidak ada lagi kuasa 60 peratus pada Melayu. Permusuhan sesama mereka menjadikan mereka lemah. Kuasa mereka tidak lebih daripada jumlah mereka dalam parti-parti campuran yang mereka sertai iaitu hanya 1/3 daripada 60 peratus, iaitu hanya 20 peratus.

8. Ini menjadikan mereka, dalam konteks kuasa mengundi demokratik, puak minoriti, walaupun daripada jumlah bilangan mereka sebagai warga Negara mereka berjumlah 60 peratus.

9. Kita mudah lupa. Bala tentera Sultan Melaka jauh lebih besar daripada pasukan Portugis yang menyerang Melaka. Tetapi bala tentera Melaka kalah.

10. Bukan jumlah yang besar yang penting. Yang penting ialah keupayaan pasukan.

11. Dan tidak kurang pentingnya kepada hasil pertempuran antara Melaka dan Portugis ialah peranan Kitol dan Raja Mendeliar. Dikalangan orang Melayu yang sudah terbahagi tiga terdapat ramai Kitol dan Raja Mendaliar.

12. Jumlah semua 60 peratus. Tetapi kuasa bukan 60 peratus. Kuasa Melayu hanya kuasa minoriti. Aspek yang inilah yang dimaksudkan oleh saya yang kurang matang fikiran.

Wahai Melayu, Kemana kamu?

Baca satu lagi luahan hati beliau Melayu ke mana 1

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails