Friday, May 14, 2010

Wee Choo Keong akhirnya melompat jua...

Alasannya ialah kerana kecewa dengan cara kerajaan negeri Pakatan Rakyat menangani dakwaan rasuah yang dibawa terhadap syarikat perniagaan pasir negeri Selangor, Kumpulan Semesta Sdn Bhd.

Kah.. kah.. kah.. alasan!

KUALA LUMPUR, 14 Mei — Ahli Parlimen Wangsa Maju yang disebut-sebut akan keluar PKR sejak Februari lalu akhirnya meninggalkan parti itu hari ini.

Dengan keputusan itu, Wee (gambar) menyertai empat rakannya yang sudah pun memperoleh status sebagai Ahli Parlimen Bebas setakat ini termasuk wakil rakyat Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang dipecat Mac lalu.

Bekas pemimpin DAP dan Ahli Parlimen Bukit Bintang ini telah berkal-kali menafikan spekulasi mahu keluar parti.

Wee mengumumkan keputusannya di sini hari ini ketika Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat bertemu di pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu sekarang.

Pengundian adalah Ahad ini.

Menurut Wee, beliau mahu keluar PKR kerana kecewa dengan cara kerajaan negeri Pakatan Rakyat menangani dakwaan rasuah yang dibawa terhadap syarikat perniagaan pasir negeri Selangor, Kumpulan Semesta Sdn Bhd.

Isu itu dibawa oleh Ahli Parlimen Kapar, juga dari PKR, Sabtu lalu.


The Malaysian Insider

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails