Thursday, May 13, 2010

Tuduhan Liwat : Misteri yang Misteri...

Misteri yang misteri itu kerana ianya misteri....

Mahkamah: Misteri, Saiful Mengaku Jumpa Najib 24 Jun Kata Dia Diliwat Tapi Bagaimana Dia Tahu Anwar Akan Meliwatnya Pada Tarikh 26 Jun 2008

Sungguh mengejutkan, satu kejadian misteri berlaku di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini 12 Mei 2010. Ia berikutan mangsa liwat sensasi, Mohd Saiful Bukhari Azlan dilaporkan telah mengetahui apa yang bakal berlaku hari esok. Maknanya Saiful sudah seperti "ahli nujum negara".

Ini dibuktikan dengan kenyataan Saiful bahawa dia telah bertemu PM Najib Razak pada 24 Jun 2008, kemudian itu berhubung pula dengan Ketua Polis Negara, Musa Hassan pada 25 Jun 2008.

Ketika itu Saiful mengaku Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meliwatnya di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. Ini bermakna, selepas berjumpa Najib (24 Jun) dan berhubung dengan Musa Hassan, (25 Jun) Saiful boleh pula tahu Anwar akan meliwatnya pada keesokan harinya (26 Jun). Bukankah ini amat aneh dan menakjubkan sebenarnya.

Malah, tambah mengejutkan pada 27 Jun 2008 pula Saiful berjumpa pula dengan Ezam Md Noor untuk menceritakan pengalaman dia diliwat Anwar itu. Tarikh-tarikh ini sungguh mengerikan kita.

Persoalannya, bukankah antara Ezam dengan Najib dan Musa Hassan, siapakah yang paling tinggi jawatannya?. Ezam ketika itu bukanlah Senator seperti sekarang. Maka kenapa Saiful berjumpa Ezam semalaman untuk menceritakan kejadian misteri yang berlaku ke atas dirinya?. Bukankah, berjumpa Najib atau hubungi Musa Hassan sudah cukup untuk beliau berpuas hati. Apa perlu Saiful jumpa Ezam agaknya?.

Keduanya, siapa Saiful yang melayakkan dirinya untuk menghubungi telefon Musa Hassan, Ketua Polis Negara. Bahkan, apa hebatnya Saiful hingga Khairil Anas membawa beliau ke rumah Najib Razak?. Semua ini menambahkan misteri kes liwat II itu sebenarnya.

Ketiganya, selepas Saiful berjumpa Najib pada 24 Jun mengatakan Anwar meliwatnya maka kenapa dia masih berjumpa Anwar untuk "menadah bontotnya" bagi membuktikan dia diliwat pada 27 Jun 2008?. Ikuti rentetan kes hari ini.

Perbicaraan Kes Liwat Di Tangguhkan Esok Pagi

Esok, pihak pembelaan dan pendakwaan akan berhujah berhubung permohonan peguambela, Karpal Singh untuk menangguhkan perbicaraan tersebut sehingga selesai rayuan terhadap keputusan hakim, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah pagi tadi. Hakim itu menolak permohonan pihak pembelaan unutk mendapatkan kenyataan bersumpah saksi utama, Mohd. Saiful Bukhari Azlan

Saiful Mengaku Bertemu Ezam Pada 27 Jun 2008

Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mengadu diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau ada berjumpa dengan bekas Setiausaha Politik Anwar, Mohamad Ezam Mohd Noor (foto) pada 27 Jun 2008 untuk mengadu tentang penganiayaan yang berlaku kepadanya.

Siapa Ezam ketika itu selain dari penjaja kotak?





Saiful Hubungi Musa Hassan Pada 25 Jun 2008

Kepada soalan lain oleh Karpal adakah Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan (foto) ada menghubungi beliau, Saiful juga menjawab bahawa beliau yang menghubungi Musa ketika itu. Beliau ingin mengadu masalahnya kepada Musa kerana dia memang ada banyak masalah.

Beliau bagaimana pun menafikan berjumpa Musa dan hanya berhubung menerusi telefon pada pagi 25 Jun 2008.

Beliau juga memberitahu bahawa dia hanya bercakap selama seminit dan dimarahi oleh Musa Hassan kerana mungkin dia hanya main-main. Musa kemudian meletakkan telefon dan menyuruh Saiful menghubunginya kemudian.


Saiful Mengaku Jumpa Najib Pada 24 Jun 2008

Mohd Saiful Bukhari Azlan hari ini mengaku ada membuat pertemuan dengan timbalan perdana menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak (foto) pada 24 Jun 2008. Pertemuan itu diadakan dua hari sebelum Saiful mendakwa yang dia diliwat oleh Anwar.

Dia juga mendakwa dibawa ke kediaman persendirian Najib di Taman Duta, Kuala Lumpur oleh pembantu khas timbalan perdana menteri itu, Khairil Anas. Katanya Najib terperanjat dengan pendedahan tentang apa yang berlaku (insiden Saiful diliwat Anwar).

Dia menafikan Najib ada menawarkan sebarang nasihat kepadanya. Saiful juga memberitahu mahkamah sebelum pulang dia ada terjumpa isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor tetapi tidak berjumpa secara peribadi.

Rakyat sebenarnya semakin keliru dengan kes ini. Malah, makin ramai yang mempercayai memang wujudnya satu konspirasi terancang terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sebenarnya. Tambahan pula apabila seorang anak muda seperti Saiful, yang bekerja di pejabat Ketua Pembangkang boleh begitu muda "aksess" ke talian telefon peribadi seorang Ketua Polis Negara malah boleh pula bertandang ke rumah seorang Timbalan Perdana Menteri untuk mengadu dia diliwat.

Apa kehebatan anak muda ini sebenarnya?. Rasanya, polis pangkat Inspektor atau DSP pun tidak berani untuk menghubungi Musa Hassan jika ada sebarang masalah. Bukankah Saiful boleh mengikut prosedur seperti biasa dan tidak perlu melangkau seolah-olah dia VIP.

Tindakan serta layanan yang diterima oleh Saiful ini, apakah boleh diberikan juga kepada rakyat biasa yang lain. Malah, apakah Saiful terlalu istimewa sehingga dilayan sebegitu?. Semua ini menimbulkan kesangsian dan ia telah disahkan oleh Saiful sendiri dalam perbicaraan liwatnya itu.

Mungkin selama ini kita hanya mengandaikan sahaja pertemuan-pertemuan itu berlaku. Rupanya semua benar belaka.


Origin : Pahang Daily Online

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails