Monday, May 17, 2010

Terima Kasih Sibu!! Terima Kasih Malaysia!! - Wong

PEK MOH XIA TAI!! PEK MOH XIA TAI!! PEK MOH XIA TAI!!

Baca betul-betul.. Wong Ho Leng kata “Terima kasih Sibu. Terima kasih Malaysia,” bukannya “Terima kasih Sibu. Terima kasih 1Malaysia,”

Katanya juga penduduk Sibu telah mencipta sejarah. Kemenangan ini bukan milik dia semata-mata, tetapi kemenangan kepada rakyat Sibu

PEK MOH XIA TAI tu maknanya Undur Rambut Putih Undur!! err.. rambut putih ialah gelaran buat KM Sarawak..


SIBU, 16 Mei — Calon DAP Wong Ho Leng yang berjaya dalam percubaan kali ini untuk menguasai kerusi Parlimen Sibu berkata, “keajaiban telah membawa kita bersama.”

“Terima kasih Sibu. Terima kasih Malaysia,” kata Pengerusi DAP Sarawak ini selepas diumumkan sebagai Ahli Parlimen Sibu yang baru malam ini.

Wong merampas kerusi Sibu untuk Pakatan Rakyat berkata, kemenangan malam ini merupakan langkah kecil untuk menuju ke Putrajaya.

“Satu langkah kecil memenangi Sibu. Satu langkah besar untuk memenangi Putrajaya,” kata beliau.

Wong juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Assek.

“Penduduk Sibu telah mencipta sejarah. Kemenangan ini bukan milik saya semata-mata, tetapi kemenangan kepada rakyat Sibu,” katanya lagi.

Wong menambah, beliau juga mahu menjadikan mereka yang tidak mengundinya sebagai “kawan.”

Pakatan Rakyat menerusi DAP mencipta sejarah dengan merampas semula kerusi Sibu yang menjadi kubu kuat Barisan Nasional (BN) sejak 28 tahun yang lalu.

Wong menewaskan Robert Lau Hui Yew dari BN dan calon Bebas Narawi Haron.

Beliau menerima 18,845 undi manakala Robert Lau menerima 18,447 undi manakala Narawi pula 232 undi.

Ini merupakan pilihan raya kecil yang ke-11 selepas 8 Mac 2008 dan pilihan raya kecil yang pertama bagi DAP.

Kejayaan DAP ini, yang bertanding mewakili Pakatan Rakyat, dilihat signifikan bagi mereka selepas BN pula merampas kerusi Hulu Selangor daripada PKR tiga minggu lalu.

Ia juga dilihat akan memberi sokongan moral kepada Pakatan Rakyat untuk menghadapi pilihan raya umum negeri Sarawak dalam waktu terdekat ini.


The Malaysian Insider

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails